Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 4 Ogos 2010

Diari seorang musafir di bumi Allah (Rabu 4 Ogos 2010)


Alhamdulillah aku dapat teruskan lagi perjalanan hidupku sehari lagi. Hari ini Rabu dapat balik awal sedikit kerana ko-Kurikulum dibatalkan. Dapat rehat di rumah agak lama sedikit sambil bermain dgn si Awok kucing peliharaanku yg agak manja.
Kuliah pengajian pun tak jauh hanya disurau Asam Kumbang tetapi selepas isya ada 2 program menyusul iaitu muzakarah ilmu di rumah Pak Wan sehingga jan 10 malam kemudian bergegas ke Restoren Cempaka Kamunting tingkat atas untuk satu lagi program
Muzakarah ilmu. Selesai jam 11.40 baru dapat balik ke rumah,semua ahli keluargaku telah lena dibuai mimpi.
Kadang-kadang kita rasa masa begitu cepat berlalu. Fikirkanlah dalam usia kita yang semakin meningkat hari ke sehari berapa jamkah kita peruntukkan masa untuk agama....?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan