Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 18 Ogos 2010

Diari seorang Musafir di bumi Allah...Rabu 18 ogos 2010


Sudah beberapa hari aku tidak mencatatkan sebarang perjalanan (musafir)ku. Kekangan masa,letih,kadang-kadang rasa tak ada apa yang nak ditulis bermain-main dalam benakku.

Walaupun puasa pada kali ini tidak terasa letih sangat dek kerana hujan setiap hari cuaca pun tak begitu panas namun nafsu nak minum air ais tetap ada. Hari tu dekat 4 gelas...bahananya mata cepat mengantuk sendipun rasa lemah.

Tazkirah Ramadhan hari tu di masjid Expo macam orang mamun jee..., mata pejam mulut bercakap. Lepas tu tak nak lagi minum ais, alhamdulillah malam ni agak bertenaga sikit. Solat dan tazkirah di Surau Air Putih. jamaah biasalah banyak golongan tua-tua, 40han ke atas.

Insyaallah Mudah-mudahan Allah panjangkan lagi umurku untuk hari esok bagi meneruskan musafirku sehari lagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan