Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Sabtu, 7 Ogos 2010

Rumah Menteri Besar Kedah


Rumah Ustaz Azizan MB Kedah..
Rumah dua tingkat di tepi jalan itu, sekilas pandang tiada satu pun kelihatan istimewa. Tiada bezanya dengan rumah-rumah sebaris dengannya.
Bawahnya batu, menempatkan ruang dapur dan tamu. Tingkat atasnya kayu, tempat sepasang suami isteri beradu dan berkumpulnya anak menantu jua cucu.
Pekarangannya agak sempit, cukup-cukup memuatkan dua buah kereta.
Di pagarnya tersidai dua karpet kecil dan sebatang mop lantai.
Sekelilingnya beberapa pokok sederhana besar ditanam, menghijaukan laman. Tiada kolam renang mahupun rekaan air terjun buatan yang melambangkan kemampuan penghuninya berbelanja besar, menghias kediaman.

1 ulasan:

  1. bukan satu kewajipan, asal jadi orang besar je, rumah mesti besar.. (",)

    BalasPadam