Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Sabtu, 28 Ogos 2010

Nuzul Al-Quran -Keagungan Kitab Allah..


Al-Quran tidak diturunkan sekali gus tetapi diturunkan secara berperingkat-peringkat, seperti mana yang terkandung dalam surah al-Furqan, ayat 32, Allah s.w.t. berfirman:Mafhumnya; Berkatalah orang-orang yang kafir: “Mengapa al-Quran itu tidak diturunkan kepadanya sekali turun saja?, demikianlah supaya Kami perkuat hatimu dengannya dan Kami membacakannya dengan teratur satu persatu."

Nabi Muhammad s.a.w. hidup di Mekah selama 13 tahun dan Madinah selama 10 tahun. Jadi bagaimana pula al-Quran boleh diturunkan sekali gus 30 juzuk? Baginda menerima wahyu daripada Allah s.w.t. semasa hidup dan selepas kewafatannya barulah al-Quran lengkap. Allah s.w.t. turunkan al-Quran (lengkap 30 juzuk) pertama kali dari Luh Mahfuz dan kemudian ke Baitul Izzah (langit dunia) pada malam bulan Ramadan. Setelah melalui kedua-dua peringkat ini, al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. selama 23 tahun.

Martabat Penurunan Al-Quran

Martabat penurunan al-Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w. terkandung dalam empat surah iaitu :

al-Alaq iaitu melalui surah al-Alaq ayat 1 hingga 5, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Paling Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam, Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya”.

Al-Qalam ialah mengingatkan menerusi ayat satu yang bermaksud: “Nun, demi kalam dan apa yang mereka tulis”. Allah s.w.t. menunjukkan betapa pentingnya pena dalam menyebarkan ilmu. Untuk mengukuhkan ilmu, manusia digalakkan belajar menulis. Pada zaman Rasulullah s.a.w., para sahabat disuruh menulis di atas pelepah kurma, kulit kambing yang kering dan batu supaya ilmu yang diperoleh tidak hilang.

Al-Muzammil iaitu ketika Nabi Muhammad s.a.w. berjumpa dengan malaikat Jibril yang menyampaikan wahyu pertama kepadanya, Baginda amat takut hingga menggigil seluruh tubuh badannya. Baginda meminta isterinya Khadijah menyelimutkannya dengan kain yang tebal. Pada masa ini, Allah s.w.t. berfirman: “Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk solat) pada malam hari, kecuali sedikit (daripadanya) , (iaitu) separuh daripada waktu malam atau kurangilah daripada separuh itu sedikit, atau lebihkan sedikit daripadanya. Dan bacalah al-Quran itu dengan tartil”. (al-Muzamil: 1-4)

Al-Muddathir iaitu Allah s.w.t. turunkan perintahnya melalui surah al-Muddathir, ayat 1 hingga 2, yang bermaksud: Hai orang yang berkemul (berselimut) , bangunlah, lalu berilah peringatan! Ertinya, dengan pengukuhan ilmu dan kemantapan hubungan yang erat dengan Allah s.w.t., berikanlah peringatan kepada orang yang masih belum mengetahui. Kita dapat melihat bagaimana Baginda menghadapi banyak dugaan dan cabaran dalam menegakkan syiar Islam di Mekah,”

Penurunan empat surah di atas, menunjukkan bahawa setelah mempunyai ilmu, perkara yang paling penting adalah mempunyai hubungan yang intim dengan Allah s.w.t. sebelum terjun berdakwah ke dalam masyarakat. Allah s.w.t. perintahkan bermunajat dan bangun solat pada waktu malam untuk menguatkan mental dan rohani iaitu ciri-ciri penting yang perlu ada pada pendakwah. Sejak turunnya ayat ini, Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah meninggalkan qiamullail.

Al-Quran bukan sekadar di baca atau dilagukan tetapi perlu dihayati isi kandungannya.
Pernah terjadi suatu ketika dahulu seorang lelaki menelefon saya ketika hampir waktu Maghrib. "Ustaz... saya berhajat sangat nak jumpa ustaz malam ini.. boleh ke?" Saya kat boleh insyaallah saya ada di rumah jam 10 malam.

Tepat jam 10 malam saya nampak seorang lelaki sekitar 40han tiba dengan menaiki kereta mewah, saya fikir dia ini mungkin seorang pegawai besar. Ringkas ceritanya rupanya lelaki ini tidak pandai baca Al-Quran. Kesedarannya timbul bila melihat anaknya 7 tahun begitu lancar membaca Al-Quran. Dia berhajat untuk belajar dengan saya dan menawarkan sejumlah wang yang agak lumayan sekiranya saya sanggup mengajar beliau.Oleh kerana saya ada tanggungjawab lain saya menolak tawaran itu dengan baik beserta alasan dan dia memahaminya.

Saya cadangkan agar dia cari orang lain walaupun bukan ustaz tetapi mempunyai kemahioran dalam ilmu Al-Quran

Alhamdulillah 3 tahun selepas itu saya terserempak di Pasar ikan Taiping."Syukurlah Ustaz..Dulu saya jahil,buta Al-Quran sekarang saya dah boleh hafaz keseluruhan juzuk amma' Itulah ungkapan yang keluar dari bibirnya apabila saya bertanyakan tentang pembacaan Al-Qurannya

Justeru...jika Allah nak turunkan hidayah tidak ada siapa yang boleh menyekatnya.
Wallahuaklam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan