Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 9 Ogos 2010

Diari seorang musafir di bumi Allah (Isnin 9 Ogos 2010)


Isnin adalah hari kita memulakan kerja. Saya kira semua orang faham.Rasa nak duduk lagi dirumah bersama anak-anak dan keluarga menyebabkan rasa berat hati dan malas untk memulakan kerja. Namun begitu tanggungjawab pada anak bangsa mesti dilaksanakan.

Diari perjalanan hidupku pada hari ini adalah seperti biasa.Dikantin aku disapa oleh Cikgu Ashita yang ada sedikit problem ketika nak melayari blogku. Entahlah.. akupun tak tahu samada masaalah komputer atau talian internet sebab bila aku cek dengan menulis sekadar "Saidin Hasnam Blog" semuanya keluar tak ada masaalah.

Nampak gayanya rakan bloggerku makin bertambah, tunggulah kemunculannya...Syukurlah mereka juga berminat untuk menulis blog.Saya sentiasa memberi sokongan padu pada mereka ini sekirannya bahan penulisan mereka bemberi menafaat pada kita semua. Tunggu.....!!!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan