Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 19 Ogos 2010

Hidayah Allah tiada siapa boleh menyekatnya


Rabu 18 Ogos 2010 di TV3 jam 10 malam rancangan Dari Masjid ke Masjid , kisah bekas pengedar dadah?

Ceritanya di sebuah masjid di Negeri Sembilan. Pengedar dadah ini telah ditahan di penjara Simpang Renggam selama 2 tahun. Lepas tu di buang daerah di Seremban.
Dah kena buang daerah dia tak tahu apa nak buat, siapa nak bantu dia. Akhirnya pihak jawatankuasa masjid ambillah bekas pengedar dadah ini yang masih dalam pengawasan polis sebagai siak masjid.

Memang dia seorang yang rajin, tidak ada masalah di masjid tersebut. Seorang yang lemah lembut, bukan setakat jadi siak, kalau tiada bilal, dia akan azan.

Cuma belum nampak dia jadi imam. Cakap memang tak banyak, ternyata zahirnya beliau insaf. Beliau kata hanya dengan agama Islam yang boleh menjadikan seseorang itu baik.
Dan Alhamdulillah , beliau telah ditemukan jodoh di masjid itu juga.

Kisah yang akan saya paparkan ini mungkin memberikan sedikit sebanyak pengajaran untuk kita semua.Ketika saya iktikaf dalam Masjid Telekom Taiping saya terpandang seorang jamaah yang bersolat bersama dengan dua anaknya.Apa yang saya rasa terpegun apabila melihat dia solat dengan begitu khusuk sekali. Sesekali tangannya menyapu air mata yang membasahi pipi. Hebat sungguh..sedangkan saya sendiri amat sukar menangis ketika mengadap Allah. Selepas solat saya melihat dia membaca doa dan terus menangis... selesai solat dia berpaling dan mendakap serta mencium kedua-dua anaknya.Terfana juga saya sekejap melihat insiden ini. Ketika lelaki ini bangun untuk beredar dia menoleh ke arah saya dan agak terkejut juga. Segera dia mendapatkan saya dan menyapa 'Ustaz Saidin ke..? "Ya.. benar"Saya jawab ringkas,dalam fikiran bagaimana dia boleh mengenali saya. Saya amati wajahnya dalam-dalam tapi saya gagal untuk mengingati di mana saya pernah bertemu dengan lelaki ini.

'Ustaz mungkin tak kenal saya,tapi..saya amat kenal dengan ustaz..,' Saya bekas banduan ustaz, 7 kali dah saya keluar masuk penjara. Bila saya dibebaskan orang tak boleh terima saya sebagai bekas banduan, orang sisihkan saya,orang hina saya,hidup tak tenang...saya buat jahat kembali dan saya masuk penjara balik." Ketika itu saya lihat air matanya mula mengalir. Sebak juga saya dibuatnya

'Ustaz...saya masih ingat ketika ustaz masuk mengajar kami di penjara (penjara Taiping) hati saya ada sedikit tersentuh bila ustaz pernah cakap jangan putus asa,jangan bersedih dengan kehidupan. Allah ada..mengadulah kepada-Nya insya-Allah hati jadi tenang'
(Barulah saya ingat memang ketika itu seminggu dua tiga kali saya masuk bertemu dengan banduan penjara di atas kebenaran Pengarahnya Abu Bakar Juah sekarang pelakon drama TV)

'Ustaz.. bila saya keluar kali yang ketujuh ini saya ambil keputusan untuk mendekatkan diri dengan Allah usiapun dah mencecah 52 tahun. Alhamdulillah ustaz hati saya benar-benar tenang. Ustaz...doakanlah hati saya tetap beristiqamah' Ketika itu saya lihat airmatanya kembali bercucuran. Saya tak sedar, air mata saya turut bergenang di kelopak mata.

Dia menarik kedua anaknya mendekati saya 'Ustaz ini anak saya,saya abaikan dia ketika masih kecil, saya insaf ustaz...saya berazam akan hantar anak saya ke sekolah tahfiz biar dia jadi insan mulia bukan seperti saya' Saya tepuk bahu lelaki itu kemudian saya dakap dia dan anak-anaknya sambil saya berkata "Insya-Allah saya doakan,bersabarlah...Allah masih sayang kita semua lalu dibukakan hati kita untuk mengasihi-Nya.

Laa Tahzan (jangan bersedih) buku ilmiah yang saya beli saya letakkan kembali diatas raknya bersama dengan memori yang menyentuh hati yang tak dapat saya lupakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan