Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 20 Ogos 2010

Degil sungguh manusia ni....

Manusia adalah hamba Allah swt. Sifat hamba adalah 'aku dengar dan aku patuh.' tetapi malangnya akhir-akhir ini banyak pelanggaran terhadap hukum Allah yang haram itulah yang nak dibuat sangat-sangat.

Berita di bawah ini memberikan gambaran apa yang berlaku pada generasi kini meskipun pada bulan yang mulia ramadhan. "BANDAR JENGKA, 18 Ogos - Orang ramai di sekitar bandar ini mahu pihak berkuasa memantau pergerakan pelajar-pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Pahang, kampus Jengka dekat sini. Ini berikutan gejala sosial yang melibatkan pelajat IPT itu semakin membimbangkan sekarang ini. Sebagai sebuah universiti yang dipelopori oleh kaum bumiputra terutamanya Melayu

Kampus yang menempatkan lebih 3,000 pelajar dari seluruh negara itu, yang membawa berbagai budaya yang jelas tidak boleh diterima oleh masyarakat setempat. Aksi-aksi lucah dan pakaian yang menjolok mata pelajar sering mewarnai kawasan terbabit sekarang ini.

Tabiee Pelajar Makin Menjadi Kini kampus terbabit juga digemparkan dengan kegiatan "gay" yang berleluasa. Kegiatan seks antara sesama pelajar lelaki kini seolah-olah sudah menjadi amalan di situ.

Terdapat maklumat seorang pelajar lelaki kursus Perladangan dan Sains Gunaan kini menjalankan kegiatan berkenaan dengan beberapa orang pelajar dan gurunya dulu. Beliau kini hidup mewah di kampus hasil duit haram akibat menjalinkan hubungan seks terlarang itu. Khabarnya pelajar berkenaan gemar dengan mereka yang berduit dan merelakan tubuhnya "digomol" oleh pihak terbabit.

Kini beliau menjadi santapan ramai pelajar-pelajar di univesiti berkenaan. Kegiatan ini sudah berlarutan sejak beberapa bulan yang lalu. Ia disedari oleh beberapa pihak, namun takut untuk membongkarkannya demi menjaga nama baik UiTM Jengka. Pihak pentadbiran universti terbabit wajar bertindak segera bagi membersihkan nama baik mereka. Tindakan displin yang tegas termasuk "memecat" pelajar berkenaan harus dilakukan, kerana perkara ini sudah menjadi buah mulut masyarakat di sini.

Berita (ii)
GEORGETOWN – Baru sahaja selesai solat Terawih kemudiannya sepasang kekasih dicekup pula Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAINPP) dalam satu serbuan pagi semalam. Lelaki yang berusia 39 tahun dan bekerja sebagai operator itu.... bagaimanapun sudah berkahwin dan ditangkap bersama pasangannya berusia 33 tahun yang masih bujang bekerja sebagai kerani di sebuah kilang.

Menceritakan kejadian ketika serbuan, pasangan berkenaan cuba bertindak untuk mengelirukan pihak penguat kuasa dengan melarikan diri secara merangkak ke bilik berasingan. Kemudiannya, wanita berkenaan yang ditemui dalam sebuah bilik pada mulanya mengaku hanya tinggal bersendirian, dan ketika JAINPP meminta kunci bilik kedua, dia mengatakan tidak mempunyai kunci berkenaan.

Anggota PPA kemudiannya berjaya menjumpai kunci berkenaan di atas meja dalam rumah dan kemudiannya menemui seorang lelaki duduk dalam keadaan diam di bawah ampaian kain yang penuh. Ini sebahagian berita yang dapat dipetik sedangkan mungkin masih banyak lagi yang berlaku di luar sana.
Degil sungguh manusia nii,apa yang dilarang itulah yang nak dilakukan.
<> <>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan