Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 6 Ogos 2010

Empat Perkara Yang menjanjikan Kecelakaan Dalam Hidup



1-Jumudul A'in
Mata yang tidak suka melihat kebenaran. Kebesaran Allah menjadikan air zam-zam tak pernah kering sehingga ke hari ini membuktikan secara zahir benarnya Islam.Banyak lagi yang boleh dilihat oleh mata sebagai bukti kebesaran Allah swt.

2-Quswatul Qalbi
Hati yang keras. Tak boleh terima nasihat. Bila nasihat sahaja cepat melenting dan tidak mengakui kesalahan sendiri kerana kerasnya hati.

3-Hirsun
Bersikap tamak haloba. Hidup memburu harta yang tak pernah rasa cukup. Sikap ini membawa bersama sifat dengki bila ada saingan dalam memburu harta dan pangkat. Kawan menjadi lawan kerana harta dan celakalah kata Nabi orang yang Hirsun

4-Thoulul Ahli
Orang yang panjang angan-angannya. Nengimpikan sesuatu yang tidak akan dapat digapai. Kerana angan-angan yang panjang sanggup berhutang sana sini untuk memenuhi impiannya.Pinjam dekat Along,tak peduli halal haram. Nabi kata celakalah golongan ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan