Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 8 Ogos 2010

Awas dengan Dua Penyakit ini...


Akhir zaman kata Rasul saw.
mafhumnya, umatku akan diserang oleh dua penyakit, lalu sahabat bertanya apakah penyakit itu ya Rasulullah.
Nabi menjawab itulah penyakit 'hubbu a'ish wahubbatul jahli'
1-Hubbatul a'ish iaitu cintakan kepada kehidupan. Mereka mengejar kehidupan dan tidak pernah merasa puas dengan kehidupan duniawi. Bekalan ukhrawi tak dipersiapkan langsung. Hati mereka sangat keras disebabkan penyakit ini.

11-Hubbatul Jahli iaitu satu penyakit dalam hati yang cintakan kejahilan. mereka tak ambil peduli langsung tentang fardhu a'in dan fardhu kifayah. Mereka solat tetapi tak suka mengikuti kuliah dan pengajian ilmu. hari jumaat golongan ini suka datang lambat,kadangkala khutbah jumaat pun dah nak habis baru datang dan bingkas bangun selepas salam tanpa doa dan zikir.

Suatu ketika dulu saya pernah diundang sebagai salah seorang panel Forum anjuran pelajar Universiti Sains Malaysia.Diantara ahli panel yang masih saya ingat ustaz Shabudin Yahya kini Adun di Changkat Berangan (Bukit Mertajam)dan seorang prof dari USM (tak ingat nama)
Antara kupasan ahli panel ini (panel kedua) yang masih saya ingat ialah satu kejadian di kampungnya dimana ada seorang ahli kariahnya suka sangat main judi nombur atau lebih jelas lagi nombur ekor.
Suatu hari dia ambil nombur dan nombur itu diletakkan dalam poket baju atas. Ketika azan berkumandang ia terus ke Masjid untuk solat.
Kebetulan ada ruang tepi yang masih kosong dia masuk memenuhi saf tersebut. Ketika sujud takdir nombur ekor dalam poketnya terkeluar, melayang-layang ditiup angin kipas dan jatuh pada penjuru hujung sebelah kanan masjid.
Seorang makmun lagi tak sedar ada nombur ekor terbang jatuh di hadapannya,mungkin terlalu kyusuk dengan memejamkan mata. Bila buka mata ternampak nombur ekor di hadapannya, terperanjat juga dia , hati kecilnya berkata"Nii nombur ekor sapa pulak ni..Aku punya adaa.." sambil matanya menjeling dalam poket baju melayu yang dipakainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan