Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 13 Ogos 2010

Lantaklah !! Pi Manpuih Hang

Oleh Lan Iisma 14 April 2010

Kereta guru disimbah cat, cermin dipecahkan. Bukan satu tapi sembilan. Teruk pelajar sekarang. Hati mereka mungkin puas, guru-guru akan terkilan. Guru cuba-cuba kikis cat tadi, tak pun guru-guru kena berbelanja lagi.

Ini antara satu yang menimpa guru. Orang-orang di atas takkan hiraukan sangat kalau guru yang kena. Lainlah kalau guru tersalah pelempang pelajar. Orang-orang akan bising, tak ikut peraturan, guru-guru akan ditukar. Bagaimana pula kalau pelajar pelempang guru.

Ada kejadian guru tersebut ingin ’buboh’ pelajar itu, ditarik guru lain. Kes berlaku selepas guru ingin memotong sedikit rambut pelajar. Entah macam mana guru yang kena. Pengetua tak bagi melapor polis. Habis-habis pun pelajar diminta tukar sekolah. Ini benar-benar berlaku di Taiping.

Guru-guru bukan nak sangat menjaga disiplin pelajar. Kerjanya tak bagus pun. Ramai guru yang kena. Kereta guru mengandung pun digores juga, baru dua bulan kereta dibeli. Sedihkan. Kereta guru menjadi mangsa gores dan menang pelajar. Yelah pelajar selalu menang. Gores-menggores kereta guru jadi nombor satu. Pernah juga cermin kereta guru retak dihentak pelajar. Entah dia hentak pakai apa, retak. Guru akan gantilah, tak seronok pula memakai cermin retak. Ekzos kereta cikgu pernah juga disumbat ranting-ranting hidup. Semput kereta cikgu. Kereta guru juga pernah dipancitkan. Pelajar akan buat macam-macam. Guru kena, guru tanggung sendiri. Itulah sebabnya guru malas melayan disiplin pelajar. Tak seronok pun. ”Lantaklah! pi mampuih hang”. Itulah kadang-kadangnya yang guru-guru luahkan.

Ulasan...

Itulah nasib seorang guru. Kalau seorang ibu dan bapa nak melayan karenah dua tiga orang anak pun susah bayangkan seorang guru tujuh lapan jam sehari berdepan dengan 40 orang pelajar dengan berbagai karenah yang boleh menyesakkan nafas. Kalau semua orang tuding jari pada guru tak dapat disiplinkan murid dan tanpa pembelaan sewajarnya tak hairanlah guru mengambil sikap "Ana mudarris la murabbi" Kadang-kadang untuk sensasikan jualan akhbar berita tentang guru dera palajar,ustaz pukul budak dan sebagainya diperbesar-besarkan untuk menimbulkan rasa benci dan prejudis masyarakat terhadap guru. Guru oh guru hang tok sah jadi lilin pi bakar diri buat apa... sedangkan orang tak menghargai cahaya yang hang berikan.
<>
<>
<>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan