Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 11 Ogos 2010

Diari seorang musafir di bumi Allah (Rabu 11 Ogos 2010)


Alhamdulillah hari ini adalah hari pertama umat Islam seluruh dunia berpuasa Ramadhan. Cuaca di Taiping tidaklah begitu panas, hujan turun pada sebelah petang tetapi tidaklah begitu lebat.

Sebelum bertolak ke tempat kerja satu panggilan telefon dari Masjid Daerah Taiping, mohon beri tazkirah pada malam esok (khamis) Namun apakan daya saya terpaksa menolaknya kerana jadual saya dah penuh. Saya dengar ada keluhan kecil 'Silap saya juga ustaz,lambat sangat saya kontek ustaz" Serba salah juga saya dibuatnya,seboleh mungkin saya tidak mahu menghampakan harapan orang ,tetapi takdir mengati tadbir kita merancang Allah yang menentukan

Musafir ilmu pada malam ini ialah tazkirah Ramadhan di Surau Al-Munawwarah Bukit Jana Kamunting, Saya tiba agak lewat sedikit, sampai sahaja tak dapat masuk sebab jamaah sudah penuh bersesak-sesak. Terpaksalah tunggu selesai solat Isya' barulah jamaah yang tak dapat masuk menunaikan solat isya'mengambil tempat utk solat isya'. Yang tak tahan tunggu ada yang terus balik. biasalah dimana-mana pun tarawih malam pertama hingga malam sepuluh padat dengan ahli jamaah muslimin muslimat.
Pengerusi Surau memaklumkan solat hanya 8 rakaat 3 witir dan tazkirah selepas solat tarawih 4 rakaat.
Biasanya di Surau ini pada tahun-tahun lepas ada imam tahfiz yang bertugas sepanjang Ramadhan tahun ini tak ada pula,terpaksalah bertugas mengimamkan solat tarawih dan seterusnya memberikan tazkirah lebih kurang 10 minit.
Jamuan More lepas solat tarawih nasi tomato dengan rendang tok, dek kerana perut pun masih kenyang sepinggan pun susah nak dihabiskan.
Insyaallah andaikata esok masih ada perjalanan akan tetap diteruskan. ya Allah...tabahkanlah hati hambaMu menempuh ranjau kehidupan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan