Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 5 Ogos 2010

Diari seorang musafir di bumi Allah (Khamis 5 Ogos 2010)


Khamis 5 Ogos 2010
Musafir Ilmuku diteruskan lagi dgn kuliah Ilmu di Masjid Expo Kamunting,salah satu masjid yg sangat aktif dgn pengajian ilmu. Boleh dikatakan lebih 30 pengajian diadakan di masjid ini. Spt mana di bulan syaaban banyak jamaah membuat kenduri tahlil aruah.
Selepas memimpin bacaan dan doa tahlil jamaah dijamu di balai makan Masjid. Sambil makan aku berbual-bual dengan Hj Salleh (mantan YDPPIBG Sk Kamunting) dan Al-Fadhil Ust Osman Noh. Topik yang kami bualkan ialah berkaitan dgn kubah hijau Masjid Nabawi di Madinah dimana terdapat satu jenazah yang bersemadi di atasnya. Jenazah itu ditutup dengan kotak pelindung bagi menyembunyikan dari pengetahuan masyarakat. Khabarnya jenazah itu seorang lelaki yang cuba merobohkan kubah hijau Masjid Nabawi.Hajatnya tak kesampaian akibat panahan petir dan peliknya walaupun petugas masjid cuba nak menurunkan jenazah itu tapi tak berupaya,sehinggalah keputusan diambil dgn membiarkan mayat tersadai di atas,cuma dibuat pelindung hijau agar tak diketahui masyarakat. Allah Maha Kaya dgn banyaknya Hotel bertingkat yg didirikan berhampiran Masjid Nabawi memudahkan orang mengambil gambar dari atas.
Cerita dan gambar kejadian ini telah saya muatkan dalam blog saya yg telah lalu..
Balik ke rumah sekitar jam 10.30 saya mula cari bahan utk ceramah besok pagi di Srk Tracher Methodis. Awat pula mata ni payah sangat nak tidok, lewat-lewat takut mamun pulak pagi besok...Selamat tinggal satu hari masa berlalu satu hari umurku meningkat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan