Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 27 Ogos 2010

Jangan lalai...Kematian boleh datang bila-bila masa

kematian cukup hampir kepada kita. Tetapi kematian itulah yang kita abai dan lalaikan. Lalai bahawa apabila berpindah sahaja ke alam barzakh, senang dan susah akan ditempuh dengan sebenar.

Lalai dari membawa bekalan yang cukup. Lalai bahawa bila-bila masa Allah boleh ambil nyawa. Lalai dan terus lalai… Cuba bayangkan, dalam keadaan asyik ”Sehati Berdansa’, silap angkat isteri, tergeliat urat lalu terjatuh. Masuk wad lalu mati. Apa nak kata?

Cuba bayangkan, dalam keadaan terkinja-kinja Konsert Akademi Fantasia, penyanyi atau penonton, tiba-tiba kena darah tinggi, pengsan lalu mati dalam keadaan begitu, apa nak kata? Cuba bayangkan seperti dalam sebuah kelab malam yang terbakar, sedang tunggang arak, berhibur, jantan betina bercampur, tiba-tiba kelab malam terbakar lalu mati dalam keadaan demikian, apa nak kata?

kuliah pengajian saya disuatu tempat (tak perlu diberitahu) berhampiran dengan satu kedai makan yang setiap malam diadakan kareoke. Lebih menyedihkan selepas maghrib suara bising dengan muzik yang begitu kuat amat mengganggu kelas pengajian saya. Baru-baru ini saya diberitahu seorang warga emas dalam usia 70 tahun tiba-tiba diserang semput ketika berkareoke dan dikejarkan ke hospital Taiping dan meninggal dunia dalam perjalanan. Bayangkan apakah tanggapan masyarakat bila mati dalam keadaan begitu..

Sememangnya apa yang disebutkan di atas menggambarkan betapa kematian itu memang tidak dapat disangka. Perpindahan ke alam barzakh bukanlah sesuatu yang boleh dijangka, tetapi insyaAllah ia tidak akan menjadi tragedi bagi orang mukmin yang tabah, sabar serta sudah bersedia membawa bekal ke sana.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan