Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 9 Ogos 2010

La Tahzan... Jangan Bersedih


Janganlah bersedih jika ada sesuatu yang kita impikan tidak tercapai. Setiap manusia merancang Allah sahaja yang menentukan. Disebalik suatu kejadian itu ada hikmahnya. Apa yang paling penting jangan putus dari rahmat Allah. berusahalah untuk terus hidup selagi nadi masih berdenyut dan jantung masih berdegup.

KENAPA WANITA MUDAH MENGALIRKAN AIR MATA

Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyababkan dia menangis dan tertawa bila ia mampu. Wanita juga adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita maka bermalamlah dalam kegelapan.

1. Punca wanita menangis.

Mencuci mata ( merupakan salah satu cara untuk meluahkan rasa stress-dalam masa yang sama, dapat membuang bahan kimia yang terdapat dalam mata)
Mengurangkan stress.
Tanda keinsafan/penyesalan.
Sebagai ugutan emosi.

Perempuan mempunyai 9 emosi dan 1 akal. Emosi yang terkumpul banyak ini, membentuk peribadi seseorang wanita yang ketara kelembutannya, kasih, bertimbang rasa dan menghargai orang disekeliling nya. Daya tumpuan akal seseorang wanita banyak dipengaruhi oleh emosi samada ia memberi kesan baik ataupun buruk.

Sekiranya seseorang wanita itu menangis 2-3 kali atas sebab rasa syukur dan redha; pahala buat dirinya, buat kali ke 2 dan ke 3.

2. Kesan tangisan.

Dapat perhatian
Suasana rumah tangga tergugat.
Lelaki jadi bingung.
Orang lain dapat mesej.
Mata bersih dan sihat.

Orang bahagia dan gembira, tidak semestinya dia tersenyum dan orang senyum, sudah semestinya dia gembira.

Penyelesaian untuk mengurangkan rasa sedih:

1. Senyum dulu + Mengimbau perkara yang membuatkan anda rasa sedih = Perlahan-lahan melatih diri supaya tidak sedih dan menangis lagi.
2. Selalu berdoa kepada Allah.
3. Belajar untuk redha ( Baik atau buruk adalah untuk kebaikan hamba-NYA)
4. Sentiasa tersenyum – Banyak hormon baik yang keluar dan membantu seseorang wanita untuk memulakan hari dengan penuh keyakinan dan gembira.

Tangisan seseorang wanita adalah untuk melaungkan suara hati – Minta dibelai, disayangi dan dipamerkan kasih sayang. (Ia terpendam dan terbuku dalam hati)

Tangisan boleh membawa kesan yang positif, sekiranya dilakukan dengan tindakan yang positif juga

Tiada ulasan:

Catat Ulasan