Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 6 Ogos 2010

Tiga Perkara Yang Membawa Kebinasaan



Rasulullah s.a.w bersabda. Mafhumnya

”Ada tiga perkara yang menyebabkan kebinasaan: terlalu bakhil, menurut hawa nafsu dan menyombongkan diri”

1-Bakhil.
Kedekut,taik hidung masin,genggam tak tiris tah apa-apa lagi semua itu adalah sifat bakhil yang dibenci islam. Ada kaa.. tersilap masuk duit derma tabung jumaat,nak masukkan lima ringgit terbubuh 50 ringgit (warna duit dekat serupa) Sembang seminggu tak habis. "rugi ooo..macam mana boleh silap" Syukurlah mungkin Allah nak bagi pahala lebih asalkan kita redha jangan dok ungkit-ungkit lagi nampak sangat kedekut.

2-Menurut Nafsu
Nafsu tak pernah puas. pepatah sebut ikut nafsu kita lesu. Tak terkejar kita. Bulan puasa beli makanan sampai tak cukup jari nak sangkut plastik makanan,punya bernafsu. nak ambik kunci kereta pun suruh orang selok poket sebab jari tangan dah penuh.Allah..sahabatku didiklah nafsu dengan iman insyaallah selamatlah nafsu kita.

3-Sombong Diri.
Nak sombong apa...hang jadi dari air mani yang hina macam aku jugak. kita matipun semuanya kembali pada tanah.Iskandar Zulkarnain berwasiat kalau dia mati biarkan tangannya terkulai-kulai ketika diusung supaya rakyat boleh tengok orang yang begitu gagah bila mati..sudah jadi lemah,nak angkat tangan pun tak termampu lagi.

Firman Allah Taala dalam Surah Luqman : Ayat 18, Maksudnya :

“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu kepada orang lain dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan