Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 6 Ogos 2010

Tujuh Kebahagiaan di Dunia Fana...



Dari Ibnu Abbas r.a katanya : " Ada tujuh petanda kebahagiaan dunia, iaitu :

1. Qalbun syakirun
Hati yang selalu bersyukur. Bersyukulah dengan apa yang ada. lihatlah orang yang dibawah kita yang lebih miskin. Kita makan udang besar,mereka makan ikan tamban tegeliat. Ketika saya melawat Jogjakarta saya tengok pengemis sanggup cari makanan dalam tong sampah. Sedangkan kita makan.. banyak yang membazir.

2. Al azwaju shalihah
pasangan hidup yang soleh dan solehah. Ini impian semua insan di dunia. isteri yang menjadi penyejuk mata,penenang di hati. Suami yang bertanggungjawab pada ahlinya dan Penciptanya. Saya melihat seorang cikgu (sahabat saya)solat bersama isteri dan anak-anaknya. lepas solat dia suruh anaknya berdoa. "Man..baca doa Man?" Si anak (12 tahun) angkat tangan berdoa dalam bahasa melayu "Ya Allah ampunkanlah dosa kami Ya Allah. Dosa ibu dan ayah ya Allah... sampai di situ saya lihat si ibu kesat airmata dengan kain telekungnya.

3. Al auladun abrar
Anak yang soleh. Zuriat yang soleh dituntut di peringkat awal lagi. banyak-banyaklah berdoa ketika mengandung. Bacalah surah-surah tertentu (Ada saya muatkan dalam blog saya) Ini tak.. asyik tengok jangan Lupa Lirik dengan drama Halimah Jongang. Sembahyang pun depan tv..sembahyang apa lagu tuu.

4.Bi-ah sholihah
suasana yang kondusif (baik) untuk iman kita.Nak beli rumah,tengok-tengoklah siapa bakal jiran kita. kalau jiran sekeliling jenis tak faham agama, azan maghrib berkumandang masih lagi dok cuci kereta dengan seluar pendeknya,yang si-isteri keluar rumah pakai seksi sampai kitapun naik siksa..nii apa hal dengan iman
kita,goncang jadinya. Carilah Bi-ah agama jika mahu pelihara iman.

5. Al malul halalun..
harta yang halal. Seorang muslimat jumpa saya. "Ustaz suami saya suruh buat kenduri kesyukuran. tapi dia kerja di Genting tempat perjudian,boleh ke Ustaz?" Mana boleh duit haram tiba-tiba nak dicampur dengan kerja ibadah. Matlamat tidak menghalalkan cara(kaedah usul fikh)

6.Tafakur fi dien
Bersemangat untuk memahami agama. Belajarlah selagi ada hayat. Jangan jauhkan diri dari ilmu. kadang-kadang 3 soff solat maghrib hanya tinggal satu soff saja yang sanggup mendengar kuliah maghrib,yang lain pakat cabut balik nak tengok telenovela indonesia.Sayang sangat nak tinggal takut tak faham cerita.

7.Umur yang barakah
Umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah. Jangan jadi 'Tua-tua keladi makin tua makin menjadi. tua-tua lengkuas, makin tua makin buas"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan