Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 12 November 2010

4 Kategori Manusia Pada Sisi Allah swt

Ingatlah bahawa manusia hanya berada pada satu kondisi daripada empat kategori. Pertama, manusia yang Islam di sisi manusia dan Islam juga di sisi Allah. Orang seperti ini diakui Islam oleh masyarakat yang menyaksikan corak kehidupannya yang melaksanakan perintah Allah dan di sisi Allah pula diterima sah Islamnya kerana Allah lebih tahu benar keislamannya.

Kedua, orang yang Islam di sisi manusia tetapi kafir di sisi Allah. Orang seperti ini dianggap Islam oleh masyarakat kerana namanya dan cara hidupnya. Apabila mati, orang seperti ini dikebumikan di perkuburan Islam. Namun di sisi Allah, hanya Allah yang tahu bahawa orang ini adalah kafir kerana telah terbatal akidahnya sama ada dari sudut kata-kata, iktikad dan perbuatannya.

Ketiga, manusia yang kafir di sisi manusia tetapi Islam di sisi Allah. Keadaan ini berlaku kepada orang kafir yang menyembunyikan keislamnya kerana sesuatu sebab atau setelah memeluk Islam dia tidak sempat melaksanakan syariat Islam kerana menemui ajal.. Orang tidak sedar bahawa dia telah menerima Islam. Keluarganya akan mengkebumikannya di perkuburan agama asalnya namun Allah telah menerima keislamannya.

Keempat, orang yang kafir di sisi manusia dan kafir juga di sisi Allah. Semasa hidupnya dia memang diakui kafir berdasarkan anutan dan cara hidupnya . Di sisi Allah juga dia adalah kafir.

Yang perlu dikhuatiri oleh kita ialah kategori kedua itu. Kita bimbang sekiranya kita termasuk ke dalam golongan tersebut. Kita mungkin tidak sedari ucapan, iktikad dan perlakuan kita telah membatalkan syahadah kita. Amat malang andai kesombongan kita untuk mendengar dan merenung nasihat ulamak akhirnya menyebabkan kita terjerumus ke dalam neraka dan kekal di dalamnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan