Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 29 November 2010

Takdirnya manusia boleh memberi hidayah...?


Takdirnya hidayah di tangan manusia nescaya nabi Adam akan memberi hidayah kepada putranya Qabil apabila tidak dapat mengahwini Iqlima. Sudah tentu tidak akan berlaku pembunuhan terhadap saudaranya Habil. Namun Allah yang memberi hidayah kepada Habil dan Qabil berada di dalam kefasiqan walaupun bapanya seorang Rasul Allah.

Anak nabi Noh,Kanaan tidak akan mati ditenggelami banjir sekiranya hidayah di tangan Nabi Noh a.s. Seruannya tidak diterima,panggilannya dipandang sepi sehinggalah umatnya dimusnahkan oleh Allah swt. Allah memberi hidayah kpd siapa yg dikehendaki dan menghancurkan siapa yg Ia kehendaki.

Asad bapa Nabi Ibrahim. Sanggup melontar anaknya dalam api yg marak menyala.Menjadi pengikut Namrud yg taat serta pembikin berhala yg mahir. Dari benihnya lahirlah Khalilullah Nabi Ibrahim tetapi anaknya tidak mampu untuk menjamin bapanya ke Syurga.

Siapa yang membongkar rahsia kedatangan dua pemuda ke rumah Nabi Luth a.s. Ia telah mengkhianati suaminya sendiri Nabi Luth. Isteri yang dianugerahkan Allah seorang suami bermartabat rasul Allah tidak mampu mentarbiah isterinya menjadi wanita yg solehah kerana semua yg berlaku adalah ketentuan dari Allah swt. isterinya antara yang ditenggelami oleh bumi dlm satu gempa yg amat dahsyat.

Abu Talib memelihara Rasulullah ketika usia nabi 12 tahun lagi. Kasih sayang yg diberikan pada anak saudaranya itu tidak berbelah bagi hinggalah ke akhir hayat. Tetapi malangnya ia mati kufur tidak beriman kepada Allah meskipun Rasulullah saw cuba memujuknya.

Andainya Allah memberikan para Rasul dan para du'atnya anak kunci hidayah. Nescaya tak perlu lagi berkuliah berceramah dan bertazkirah di sana sini. Akan ku cipta pil hidayah. Siapa yg tak pandai mengaji nah... makan sebiji lepas tu jadi pandai mengaji. Malas sembahyang ? telan 2 biji pil hidayah ? Tetapi semua manusia tidak mampu utk beri hidayah kerana Allah menciptakan makhluknya kemudian Allah nak menguji dengan pelbagai ujian sama ada mereka beriman ataupun tidak.
Wallahuaklam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan