Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 18 November 2010

kecil jangan dianggap lemah...

Ingatkah anda bagaimana kisah Maharaja Namrud. Saat kematiannya amat tragis. Ia mati kerana seekor nyamuk seekor binatang kecil yang masuk dalam lubang telinganya. Begitulah Allah swt membalas keangkuhan manusia supaya manusia mengambil iktibar dan pengajaran

Jangan kita menganggap bila kita sudah ada kedudukan yang tinggi serta kekayaan lalu kita jadi sombong dan angkuh. Kita melihat orang dibawah kita sangat kecil. Sedang orang yang dipandang kecil ini juga mempunyai keupayaan untuk menjatuhkan kita. Lihat pemimpin-pemimpin kita bercakap. Dari wajah mereka menampakkan keangkuhan dan kepura-puraan. Islam mengajar kita sifat tawadhuk. Merasai denyutan nadi rakyat sebagaimana khalifah Umar Al-Khatab dan Umar b.Abd Aziz.

Lihatlah kebesaran Allah bagaimana binatang yang sekecil ini boleh meninggalkan kesan yang amat besar kepada manusia apabila ia menggigit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan