Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 26 November 2010

Kenapa Rasa Malu Dipanggil ...?


Kebetulan terjumpa sahabat lama.Sama-sama dalam pengajian jurusan pendidikan Islam. "Assalamualikum ustaz? lama kita tak jumpa" Tiba-tiba riak wajahnya berubah tidak menyenangi panggilan itu. "Saya bukan lagi ustaz,saya dah tukar profesion sekarang jadi Tok penghulu mukim"

Saya tersenyum sendirian. Seorang ustaz disebuah sekolah sanggup sambung pengajian dan menukar jurusan dari pengajian Islam kepada pengajian Bahasa melayu akhirnya berbangga dengan title cikgu bahasa bukan lagi ustaz. Seorang ustaz sekolah rendah berkata kepada saya "Jangan panggil saya ustaz,panggil guru agama sudahlah.." Nak pecah perut saya menahan tawa.

Diceritakan seorang ustaz pernah ditolak peminangannya kerana kononnya tak punya masa depan.Tetapi terbukti walaupun tidak mempunyai kerjaya tetap dan bergaji besar ustaz tersebut dapat mengajar di masjid-masjid, Surau dan jabatan-jabatan di Ibu Kota sehingga boleh membeli sebuah rumah dan dua buah kereta.Murahnya rezeki dengan keberkatan ilmu yg disampaikan.

Mengapa malu dengan panggilan ustaz? Ini adalah anugerah ilahi yang mengangkat martabat seseorang lebih tinggi dari orang lain. Mungkin dengan panggilan itu menghalang kita dari melakukan sesuatu yg boleh menjejaskan imej ustaz. Seorang ustaz mesti bersifat warak. Tak boleh pakai baju bergambar,berseluar jins lusuh dan sebagainya. Apatah lagi seorang ustaz tak boleh terlalu sporting dalam satu-satu majlis yang ada unsur-unsur lagha sehingga boleh menjatuhkan martabatnya.

Atas faktor inilah saya kira kenapa orang takut dengan gelaran ustaz. Apa yang paling penting al-hukamak menyatakan kamu akan diberikan kemuliaan oleh Allah jika kamu berakhlak dan berprinsip. Biarpun manusia seluruh mencemuh dan memencilkan diri dari kamu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan