Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 11 November 2010

Penguin Oh Penguin....

Ketika saya melawat Singapura saya sempat berkunjung ke tempat pemiliharaan burung penguin Memang cantik burung ini. Ia hidup dalam cuaca sejuk. Allah telah menjadikan burung ini dengan berbagai keistimewaan. Antaranya burung ini sangat setia kepada pasangan dan memiliki kesabaran yang tinggi.

Kalau anda memiliki Astro di rumah dalam chanel 550 di paparkan tentang kehidupan binatang. Di gambarkan nun jauh di penghujung bumi, di benua antartika. Berpuluh-puluh ekor penguin jantan dengan sabarnya menunggu ketibaan pasangan masing-masing untuk berburu bersama-sama. Burung ini amat romantik dengan pasangan masing-masing walaupun tidak dikurniakan akal sehebat manusia.

Apabila pasangannya mula mengeramkan telur, mereka akan sama-sama menjaganya. Tempoh penantian mereka bukan beberapa jam, atau sehari dua tetapi beberapa minggu lama

Mereka telah menunggu selama sebulan tanpa makan dan minum dan mereka akan terus menunggu dengan penuh kesabaran

Bagaimana dengan kita.? Saban hari kita mendengar kes-kes peceraian, kecurangan,penderaan dan sebagainya. Masa bercinta bukan main lagi, kahwin macam nak rak, sanggup berhabis berpuluh ribu tetapi malangnya tak sampai setahun dua dah bergaduh, naik turun mahkamah akhirnya berlaku perceraian.

Benarlah peringatan Allah "Kemudian kami akan jatuhkan martabat mereka paling rendah (hina) kejadian (Surah At-Tin)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan