Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 18 November 2010

Minyak Dagu - Syirik Lagi Menyesatkan


Pendedahan ini adalah untuk mengelakkan orang melayu kita sebagai orang Islam menjauhi penggunaan Minyak Dagu. Minyak Dagu ada beberapa tahap mengikut keberkesanannya. Mungkin ada beranggapan benda ini hanya Lemak Dagu sahaja yang digunakan, tetapi ini adalah suatu pendedahan sahaja sebagai bahan bacaan untuk kita kongsi bersama.
Minyak dagu adalah hidup kerana terdapat jin yang menumpang atau menjaganya. Sesetengah pendapat mengatakan bahawa minyak dagu dijaga oleh qarin. Sejauh mana pendapat ini, wallahu alam bissawab.



Ianya diiuji 'hidup' yakni berjin dengan mengikat seutas tali dan bertanya soalan. Jawapan bagi soalan mestilah Ya atau Tidak kerana botol ini akan berpusing.

Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat minyak dagu
1. Minyak Dagu Perempuan yang mati mengandung(Diwajibkan ada janin dalam rahimnya). Dalam bahasa siam dipanggil (Thai CHARM BABY Nam Man Prai Oil )
2. Tujuh jenis abu mayat yang dari tujuh tanah perkuburan.
3. Minyak Dagu orang yang dibunuh dengan kejam.
4. Minyak Dagu Kokang. (sejenis monyet).
5. 108 jenis herba yang mempunyai fungsi sebagai penarik (pemikat dan pengasih).
6. Anjing hitam



Bahan-bahan ini hanyalah separuh bahan yang digunakan untuk membuat minyak dagu. Begitu mengerikan dan hasilnya pula sungguh mengagumkan kerana kesepakatan iblis dan syaitan yang akan menyesatkan manusia menjadikan minyak ini berkuasa.Bahan-bahan ini akan dipuja sehingga minyak ini menjadi Minyak hidup, Oleh itu setiap kali bulan mengambang minyak dagu yang asli akan minta darah tuannya untuk proses isi semula.Anda semua jangan hairan kalau Minyak Dagu ini tidak akan berkurangan walau setitik pun. Setiap kali bulan penuh mengikut kalendar Hijrah iaitu pada 14, 15 dan 16 hari bulan. Sebelum didedahkan kegunaannya terlebih dahulu didedahkan dulu cara penggunaannya. Penggunaannya hampir sama dengan Minyak Pengasih yang lain iaitu diletakkan di jari sedikit dan kemudian di sapu ke bulu kening dan seterusnya ke rambut serta diniatkan tujuan dan hajat di hati pengguna yang memakai minyak yang ternyata sesat lagi menyesatkan ini.

Minyak dagu juga ada gred
Gred pertama dari orang yang mati sama. Minyak ini sukar disembuhkan dalam waktu yang singkat bergantung kepada gred minyak dagu dan kaedah membuatnya
Gred kedua pula dari sembelihan beruk, monyet atau kokang. Yang ini juga boleh disembuhkan walaupun agak kuat kesannya. Kesannya ibarat 'terlajak perahu boleh diundur.
Yang paling murah pulak dari jenis anjing hitam. Minyak ini senang disembuhkan iaitu selain ruqyah, salah satunya mandi air tanah.

Kebanyakan minyak dagu yang asli datang dari siam dan utara semenanjung. Ia amat sukar dibawa semasa hujan. Jika ingin membawa semasa hujan perlu disimpan di dalam sesuatu yang neutral. Pemilik amat berhati-hati semasa membawa menyeberangi sungai dan menghindarkan merentasi lautan. Jika minyak ini tidak digunakan ia akan disimpan ke dalam tanah untuk mengelakkan disambar petir. Ada rahsia mengenai minyak dagu ini untuk mengelakkan dari disambar petir. Hanya bomoh siam ranking tinggi yang boleh melakukannnya. Minyak dagu ini kekuatannya bergantung pada wilayah.

Antara kegunaan minyak dagu
1. Membentuk ikatan kasih secara tidak rela.
2. Membentuk hubungan kekeluargaan secara paksa.
3. Membentuk satu rangkaian yang tidak akan putus.
4. Membentuk satu pakatan kemusnahan.
5. Membina satu institusi yang kukuh zahirnya tetapi rapuh pada dasar batinnya.

Ciri-ciri orang yang kena Minyak Dagu
di kesan, dan jika anda mempunyai ciri-ciri di bawah ini :
1. Merasa minat dan kasih yang mendalam kepada si pengamal minyak dagu tersebut.
2. Amalan ibadah kepada Allah semakin kurang, malah kurang penghayatan(tidak khusyuk)
3. Teringat-ingat dan cinta yang mendalam kepada si pengamal tersebut.
4. Tidak mustahil segala duit, harta dan juga maruah diri tergadai angkara minyak dagu.
5. Badan sentiasa sakit menyucuk-nyucuk, anggota terasa panas, bisa seluruh badan atau sebahagian daripada badan, badan terasa kebas dan sebagainya
6. Perasaan menjadi resah dan gelisah, tidak boleh tidur malam, sering bermimpi yang buruk dan mengerikan, terdapat lebam-lebam bewarna biru seperti kena tokok ditempat-tempat tertentu pada badan
7. Orang yang dianiayai akan menjadi gila, hilang ingatan, tidak siuman, mereng dan seumpamanya
8. Sering meracau-racau, ketawa mengilai-gilai atau bercakap seorang diri.
9. Mengalami sakit kepala sebelah samada di sebelah kanan atau kiri.
10. Rahim terasa sakit dan kadang-kala terasa seperti hendak jatuh
11. Badan terasa berat seperti ada benda di atas belakangnya dan kadang-kala terasa seperti ada sesuatu yang mencakar-cakar belakangnya.
12. Kulit gatal/merah ditempat yang dicalit.

Meningkatkan pengaruh seks
Campuran minyak zafaran dan kasturi hitam

Cara mengetahui terkena minyak dagu
Ini hanya sebahagian sahaja ciri-ciri terkena minyak dagu, secara umumnya tetapi bagi yang sudah kena itu atau pura-pura anda tidak terkena, senang sahaja hendak kesan.

a. Cuba bersolat bagi yang muslim
b. Bagi bukan muslim bila bangun pagi cuba pandang cermin, jika anda lihat muka anda sendiri bermakna anda selamat, dan sekiranya anda ternampak orang lain, maka berhati-hatilah.
c. Jika selalu mimpi selalu bersetebuh dengan orang yang sama, bermakna ADA POTENSI.

Rawatan
1. Minum air zam zam kemudian di bacakan Ruqyah Syariyyah satu sesi selama tiga hari
- Pesakit akan muntah atau pening atau pengsan.
2. Mandi dan minum air kelapa (Air Kelapa ialah penawar segala ilmu pengasih nusantara)
3. Buang semua barang pemberian (minyak wangi, baju, gelang, rantai, surat dll)
4. Pesakit sentiasa mengamalkan surah an-nas 70 kali setiap hari bila-bila masa.
5. Bekalkan zikir kepada pesakit untuk selepas solat (atau bila masuk waktu solat bagi perempuan yang datang bulan) sebanyak 100 kali. Zikirnya:

http://klinik-muallij.blogspot.com/2010/11/minyak-dagu.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan