Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 16 November 2010

Lagi Penghinaan Terhadap Islam dlm Facebook


Terbaru para musuh Islam menggunakan rangkaian sosial facebook untuk menghina Islam dan direka berbagai gambar yang sangat memalukan dan sangat menghina (Lihat Sini). Saya sendiri tidak sampai hati melihat umat Islam dan rumah Allah (Baitullah) dihina sebegitu rupa.

Ini merupakan tempat suci umat Islam yang saban tahun dikunjungi oleh umat Islam untuk menjalankan ibadah umrah dan haji. Ini petanda bahawa umat Islam semakin lemah dan semakin rapuh dimakan usia. Saya yakin ada sebahagian umat Islam yang telah mengorbankan harta, duit, nyawa dan masa mereka untuk menegakkan Islam yang kamil sepertimana yang dibawa oleh Rasulullah dahulu. Tetapi malangnya mereka tidak mendapat sokongan yang sepatutnya untuk memberi segala bantuan yang sepatutnya dalam perjuangan mereka. Inilah yang dikatakan umat Islam akhir zaman diibaratkan buih di lautan tiada gunanya lagi.

Wahai umat Islam marilah kita bersatu dibawah panji kebenaran untuk menentang musuh-musuh Islam walaupun dengan apacara sekalipun. Inilah yang dinamakan sebagai jihat fisabilillah yang bukan semua umat Islam dapat melaksanakannya, kerana ia memerlukan pengorbanan yang paling besar iaitu jiwa raga.

Musuh Islam bukan sahaja orang luar dari agama Islam tetapi ia juga dari kaum munafik yang menjadi duri dalam daging dan sentiasa mengintai dan menggagalkan segala kerja yang dilaksanakan oleh pejuang Islam. Meraka ini berlakon seolahnya memperjuangkan Islam dan hidup didalam amalan Islam yang sempurna kononnya, tetapi pada hakikatnya mereka juga merupakan musuh Islam yang sangat bisa dan bahaya dari musuh Islam diluar sana.

Akhir sekali saya siarkan gambar-gambar penghinaan sebagai tontonan semua akan kekejaman dan kejahatan musuh-musuh Islam terhadap umat Islam yang tidur dan menjadikan facebook itu sebagai tempat membuang masa dan mencari kesenangan dan dosa. Hal ini bukan saya menghalang penggunaan facebook, tetapi gunakanlah kearah kebaikan dan kesejahteraan kita semua.

Oleh asshafiee





Tiada ulasan:

Catat Ulasan