Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 10 November 2010

Motivasi Keibubapaan.

Awal pagi rabu 10 Nov, kelam kabut juga dibuatnya. tak semena-mena komputer riba ku buat masaalah. Jam 10.20 kena beri ceramah motivasi keibubapaan di Sk Jelutung. Semua bahan ada dalam komputer tapi tak boleh buka sebab diserang virus, jem terus. Malam tadi elok je..? pagi-pagi dah buat hal.

Nasib baik ada simpan dalam pen drive. Bayangkan nak ceramah 2 jam kalau tak guna slide projektur tentu meletihkan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Komputer kena format balik.

Rasa terharu juga bila melihat ada di kalangan peserta terutamanya ibu-ibu mengalirkan air mata bila aku paparkan kisah-kisah pengorbanan ibubapa dan kenakalan anak -anak zaman kini. Hati kecil ku tetap mengharapkan agar ibubapa lebih bertanggungjawab dalam mendidik anak-anak jangan mengharapkan guru-guru ustaz dan ustazah di sekolah sahaja.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan