Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 1 November 2010

Apakah Kamu Tidak Berakal?


Manusia dijadikan oleh Allah dengan akal yang cukup hebat. Akal membolehkan manusia berfikir. Manusia boleh hidup bahagia dengan akal dan begitu juga kerosakkan berlaku di dunia fana akibat manusia menyalahgunakan akal yang diberi oleh Allah swt.

Sedarkah kita Allah banyak menyebut dalam firmannya "Apakah kamu tidak berakal?" Tamadun dunia dicipta dengan akal manusia. Namun orang yang beriman akan mengaitkan akal dengan kebesaran Allah swt. Perhatikan diri kita, orang yang berakal melihat kenapa Allah jadikan rambut kita boleh memanjang. Begitu juga dengan kuku tangan andaikata tak dikerat ia akan terus memanjang.

Ini berbeza dengan bulu kening, andaikata ia boleh memanjang persis rambut di kepala. Bayangkan bagaimana sukarnya kita nak melihat sesuatu. Begitu juga gigi, ia tumbuh dan terhenti apabila sudah cukup hadnya. Orang yang berakal serta beriman akan melihat inilah kebesaran Allah pada diri manusia dan sewajarnya ia sujud menyembahNya. Apa yang saya kongsikan ini adalah sebahagian kecil sahaja berbanding dengan kejadian alam dan kebesaran Allah di dalamnya. Namun bagi saya inilah salah satu cara untuk kita lebih taqarrub dengan Allah. Bukankah Allah ada berfirman yang mafhumnya "Pada diri kamu apakah kamu tidak memerhatikan kebesaran Allah."

02

03

Tiada ulasan:

Catat Ulasan