Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 14 November 2010

Mehnah Dalam Kehidupan


Saya suka menonton chanel 550 Astro yang memaparkan kehidupan haiwan. Apa yang menarik habitat haiwan liar ini boleh dikaitkan dengan kehidupan kita. Saya melihat bagaimana sekumpulan anjing liar bekerjasama untuk menangkap mangsanya. Biasanya mereka akan menangkap rusa atau kijang. Kijang yang dijadikan sasaran akan dikepung sehingga tak dapat melarikan diri akhirnya tewas dan menjadi makanan anjing liar.

Hakikatnya kehidupan kita senantiasa dikelilingi dengan mehnah dan cabaran. Di hadapan kita dunia yang ghurur, yang memperdayakan kita. Di belakang kita pula syaitan yang sentiasa mengekori dan mencari peluang untuk melalaikan kita. Sedangkan kiri dan kanan ialah hawa nafsu yang merangsang kita untuk melupai Allah swt. Andaikata kita tidak mencari ruang untuk melarikan diri nescaya kita akan tersungkur dan tewas sebagaimana kijang yang dibaham oleh anjing-anjing liar.

Kalau sudah jadi sebegitu, apa yang perlu dilakukan. Hanya ada dua ruang yang boleh menyelamatkan kita iaitu ruang di atas dan ruang di bawah. Ulamak menyatakan ruang yang di atas adalah dengan menadah tangan berdoa ke hadrat Allah swt setiap masa agar melindungi kita dari kejahatan syaitan dunia dan hawa nafsu.


Adapun ruang yang di bawah adalah dengan bersujud (solat) 5 waktu sehari semalam di samping solat-solat sunat. Orang yang banyak solat dan berdoa insya-Allah akan diberi kekuatan oleh Allah swt dan terselamat dari 4 mehnah yang menguji kehidupan kita.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan