Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 18 November 2010

Hon Kereta...Saja nak kurangkan stress otak.

Abang saya suka sangat beli kereta lama yang berusia lebih 15 tahun.Mungkin kerana minat atau tak mahu berhutang. Tapi banyak pula masaalahnya. Pernah suatu ketika mak cerita dekat saya ketika menumpang keretanya dipertengahan jalan tiba-tiba hon kereta berbunyi tak henti-henti.Mana tak gelabah dibuatnya.

Bayangkan depan traffic light lampu merah hon berbunyi berkali-kali. Pemandu kereta kat depan semua menoleh kat belakang mungkin bengang kut.. Abang saya buat selamba badak je. Mak saya kata 'Ayah hang tu macam nak turun je dari kereta...malu dibuatnya" Lucu jugak dengar cerita mak.

Selama saya memandu kereta saya dah faham sikit-sikit tentang bunyi hon kereta

Satu hon pendek maksudnya pemandu tu kenal kita.
Dua kali hon pendek maksudnya pemandu tu nak cakap terimakasih atau jumpa lagi
Satu kali hon panjang pemandu tu nak beritahu bahawa kita memandu secara merbahaya
Dua kali hon panjang pemandu itu sangat marah pada kita kerana mungkin kita berada di laluan yang salah atau menghalang keretanya.
Tiga kali hon pendek -Pemandu di belakang suruh kita cepat sikit (Biasanya kat traffic light time dah hijau tak reti-reti ke nak jalan)
Banyak kali hon...tapi pendek-pendek maksudnya nak bagi tahu "tilam..! tilam...!! tilam lama tukar baru...tilam...tilam...!!! selalu sangat lalu depan rumah saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan