Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 3 November 2010

Alamak Mahal la Pulak...

Hari ini, saya sempat membelek-belek akhbar Berita Harian dan saya terlihat satu tajuk berita. 'harga ikan mungkin naik' Ikan adalah salah satu menu penting dalam pemakanan rakyat Malaysia. Kita mungkin tak biasa makan burger,hot dog,pizza atau sanwish setiap hari.

Apabila harga ikan melambung naik sudah tentu golongan berpendapatan sederhana dan rendah akan terasa kesannya. Saya pergi ke Pasar Rabu Pekan Semanggol pagi tadi dan memang benar ikan amat berkurangan. Biasanya ikan temenung 7 ringgit sekilo naik kepada 13 ringgit sekilo termenung kita dibuatnya.

Bayangkan seorang tukang kebun sekolah yang hanya berpendapatan 500 ringgit sebulan mampukah mereka beli ikan setiap hari, kalaulah begini keadaannya ?? Mungkin setengah orang akan berkata 'dah tahu mahal pergilah tangkap kat parit,tali air atau sungai-sungai'

Cakap memang senang, saya biasa ke laut dan biasa dengan sawah padi dan saya juga tahu betapa susahnya nak dapatkan ikan sekarang. Di parit bendang anak ikan habis mati akibat racun rumpai yang kerap akibat aktiviti persawahan 2 kali setahun. Nelayan pantai terjejas pendapatan akibat pukat sodok dan pukat rimau yang sepatutnya menangkap ikan di laut tengah. Ikan di sungai juga mengalami kepupusan akibat pembuangan bahan tercemar dari kilang industri dan kilang sawit.

Sebab itu bagi saya dalam keadaan sekarang kerajaan perlu memikirkan nasib golongan bawahan. Perkasakan jentera Jabatan Perikanan dan Maritin laut. Kawal laut kita dari sebarang pencerobohan luar. Perangi rasuah agar aktiviti menyodok ikan hingga menghapuskan anak ikan dan benih ikan dikawasan pantai dan muara laut.

Buat masa sekarang kita tidak berbangga atau rasa gah bila kerajaan nak bina menara 100 tingkat. Untuk siapa sebenarnya?? Biar kita tidak ada bangunan tinggi mencakar langit tetapi kita rasa selesa bila keperluan harian kita mencukupi dan harganya berpatutan dengan kehidupan semasa.

Akhirnya kita renungilah peringatan Allah di dalam Al-Quran yang maksudnya "Apabila kami hendak membinasakan sesuatu negeri itu, maka kami perintahkan orang yg kaya di kalangan mereka agar melakukan kebaikan (menolong) tetapi merekalah orang yang melakukan kezaliman dan kejahatan...maka benarlah janji kami akan kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan