Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 30 November 2010

Ikut Hati mati ...Ikut Rasa Binasa


Dulu memang susah nak beli kereta yg elok sikit. Nak buat pinjaman bank bukan main susah lagi bukan macam sekarang. Tak sampai setahun kerja dah boleh pakai Vios, City atau Inspira.

Cerita pasal kereta,saya kerja 2 tahun setengah baru boleh pakai kereta second hand (mazda hatchback 323) Usia masih muda,jiwa pun muda kereta pulak jenis sport. Bila balik kerja member ajak lumba. Tercabar jugak akhirnya apalagi berlumba lah dua tiga biji kereta bila pulang dari kerja. Di Sabah jalan lengang tak sebok macam semenanjung. Berdesup saya pecut kereta saya member pakai kereta K.E 30 dgn Datsun Driving school mana boleh lawan dgn kereta saya. (astagfirullah riak la pulak)

Tak semena-mena di satu selekoh selepas memotong sebiji kereta,saya melihat ada tayar meluncur laju dihadapan memotong kereta saya. Pelik sungguh. Dalam hati berkata ‘tayar sapa pulak ni’ Kereta belakang hon panjang. Saya perlahankan kereta tiba-tiba kereta saya jadi senget,pemegang tayar tersagat di jalanraya. “Alamak tayar aku rupanya tercabut” Nasib baik tayar belakang sebelah kiri kalau tayar hadapan alamat allahyarhamlah saya.

Kisah (11)

Balik semenanjung pakai kereta proton wira stering kayu. Memang cantik tetapi malangnya saya tak berapa confiden dengan stering kerana bila pusing berbunyi macam longgar. Dok tangguh-tangguh nak hantar ke pomen kereta.

Nak jadi cerita lalu depan Sek Men St George Taiping dalam kelajuan 40 KM lebih kurang tiba-tiba stering tercabut. Kereta tengah berjalan sambil tangan dok pegang stering yang tercabut. Panik sungguh dibuatnya. Lucu pun ada jugak nasib baik lah saya seorang sahaja dalam kereta dan kebetulan kereta pun tak banyak. Bayangkan kalau di selekoh atau di tengah jalan berlaku begitu. Allah masih panjangkan umur saya.

Pesan buat anak-anak muda,berhati-hatilah di jalanraya terburu sesaat derita sepanjang masa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan