Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 16 November 2010

Makan Daging Korban Nazar...apa hukumnya???


Selasa 16 Nov... saya diminta untuk menghuraikan mengenai korban di surau Sg.Baru Trong. Jemaah pengajian banyak yang akan berkorban besok pada Hari Raya Aidil Adha. Antaranya mengenai korban nazar.

Korban wajib (nazar) yang melakukan korban dan ahli tanggungannya tidak boleh makan walau sedikitpun. Andaikata termakan hendaklah digantikan balik sebanyak mana ia makan dengan daging lain atau dengan nilai duit. Begitu juga ada sekolah yang bernazar untuk menyembelih lembu korban kalau pelajarnya 30 orang dapat 5A UPSR. Ini bermakna kalau tercapai sasaran itu dan ibadah korban nazar dilaksanakan semua warga sekolah itu tidak boleh makan,daging itu disedekah atau dijamu makan kepada orang lain. namun begitu tidak dituntut untuk sembelihan lain.

Ada yg bertanya mengenai anaknya di luar negara ingin kongsi korban dengan rakan pelajar yang lain dalam satu bahagian sahaja . Secara jelasnya dalam hukum berkongsi satu bahagian dari tujuh bahagian hanya dibenarkan kepada ahli tanggungannya sahaja, lain daripada itu tidak dibenarkan.

Untuk melakukan korban pada orang yang telah meninggal dunia hanya boleh dilakukan oleh anak simati sahaja berdasarkan hadis apabila mati seorang anak Adam itu segala amalnya akan terputus sama sekali melainkan 3 perkara. Antaranya anak yang soleh.

Orang yang nak berkorban dikehendaki tidak memotong kuku atau rambut dari saat bertakbir pada malamnya hinggalah waktu korban dijalankan kerana mereka ini seolah-olah terikat dgn syarat ihram haji. Namun begitu dibolehkan jimak isteri kerana larangan itu hanya pada orang yang memakai ihram sahaja.

Sunat bagi orang yang berkorban memakan sedikit daging korbannya (sunnah nabi) kemudian disedekahkan daging korban secara mentah kepada fakir miskin.

Ini sebahagian dari sessi soal jawab yang diadakan disurau pengajian dan saya kongsikan untuk tatapan pengunjung blog ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan