Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 12 November 2010

Duit Tabung Masjid pun nak di curi..???


Mungkin ada diantara kita berdoa memohon agar Allah kurniakan rezeki yang halal dan baik. Kita juga mengharapkan agar Allah tidak menjadikan kita seorang fakir yang boleh membawa kepada kekufuran.

Begitu juga janganlah kita dilimpahkan dengan kekayaan sehingga kita menjadi angkuh dan sombong. Hendaknya biarlah kita bersederhana dalam segala hal. Saya pernah bertemu dengan seorang sahabat yang kehabisan bekalan susu anak. Nak beli susu duit tak ada. kesian sungguh. Saya hulurkan Rm 50 untuk beli susu anak. Apa yang lebih menyedihkan apabila saya terbaca berita dalam sebuah akhbar tempatan 11 November 2010

Seorang bapa juga suami berumur 39 tahun dari FELDA Aping Barat, Johor yang terdesak telah dikatakan mencuri duit tabung masjid di Kota Tinggi hanya semata-mata untuk membeli susu anak telah ditangkap oleh jemaah masjid. Menurut pihak polis bapa tadi tidak pernah mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini dan tiada rekod menagih dadah.

Kalau benarlah cerita ini,kita perlu persoalkan, mana perginya wang zakat yang dikutip saban tahun. Felda yang kununnya banyak wang, kenapa tidak membantu peneroka yang seperti ini setelah keringat mereka di perah. Saya kira jika tidak terlalu terdesak si bapa ini tidak akan mencuri.

Wallahuaklam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan