Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 7 Februari 2011

Tribulasi di Era Teknologi...

Dalan satu riwayat Rasulullah ada besabda yg bermaksud :“Tatkala menjelangnya Qiamat, (berlakulah beberapa perkara iaitu), orang memberi salam hanya kepada golongan tertentu atau kerana ada kepentingan tertentu sahaja, berleluasanya perniagaan hingga isteri (terpaksa) menolong suaminya dalam perniagaan itu, gejala memutuskan silaturahmi, kesaksian yang palsu dan penyembunyian kesaksian yang benar, serta tersebar luasnya pena (tulisan bahan bacaan)”. [Hadith riwayat Ahmad]

Zaman ini tak bersempadan lagi. Segalanya telus, terus menerus tanpa hijab. Andai dulu, untuk berhubung dengan rakan yang berada ribuan kilometer, kita hanya mampu mengirim surat yang akan berbalas sebulan kemudian. Maka kini kita sudah mampu melihat dan bercakap dengannya melalui YM dan sidang video.

Sekitar awal 2000, gelombang 'kerosakan' bermula dengan chatting. Cybercafe menjadi tumpuan anak-anak muda bersembang melalui maya. Implikasinya cukup mengejutkan. Malah ada yang akhirnya dinodai hasil dari chatting tersebut. Kerosakan dari teknologi yang sama.

Timbul pula masalah pornografi. Serangan ini cepat menular ke sekolah-sekolah yang secara tidak langsung membantu ke arah kebejatan ini apabila menyediakan kemudahan komputer berinternet tanpa kawalan kepada para pelajar.

Namun, harus diingati bahwa, bukan hanya pemuda dan remaja sahaja yang tenggelam dalam arus pornografi bahkan juga para 'petua' yang rata-ratanya berpangkat ayah dan ibu malah datuk.

Sekali lagi gelombang kerosakan melanda dari teknologi yang sama.

Kini, hampir genap 10 tahun negara ini melalui zaman Millenium. Segala peralatan yang tersedia cukup canggih dan memudahkan para pengguna.

Akhbar digital semakin meluas kepenggunaannya. Blog dan laman web tumbuh melata bagai cendawan lepas hujan. Facebook bagaikan tidak boleh dipisahkan dari rutin seharian. Justeru apa yang kita baca , yang kita pandang dan apa yang kita tulis biarlah satu kewajaran yang boleh diterima dalam ajaran Islam. jangan kita terikut-ikut menjadi penyebar fitnah, mengada-adakan sesuatu yang tidak ada dan akhirnya mencampakkan diri kita kepada kebinasaan api neraka. Hakikat hari semakin hebatnya teknologi semakit kita diterjah dengan tribulasi yang menggugat keimanan kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan