Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 24 Februari 2011

Detailnya Isteri Simplenya Suami

DIARI ISTERI

Malam minggu – Dia bersikap pelik, tadi kami berjanji bertemu di Restoran Mamak. Aku seronok shopping dengan kawan- kawan aku sehingga aku terlambat sampai di restoran. Dia hanya diam tanpa memberi komen. Matanya asyik melihat perlawanan bolasepak Chelse vs Mencester City di layar tv

Selepas itu dia mengajak aku berbual namun suaranya tidak begitu jelas kerana suasana yang bising. Kemudian aku mengajaknya dia berjalan ke kerusi di taman tepi restoran tadi yang agak lengang supaya perbualannya dapat disambung. Tapi sampai di sana dia tidak menyambung apa yang dia cakap tadi. Dia diam dan duduk agak renggang dengan aku.

Aku tanyakan ” Bang, ada apa yang saya buat salah” , dia menjawab “tak ada pape….”. Aku tanyakan apakah kesalahannku yang membuatkan dia marah. Dia kata perkara itu tidak ada kaitan dengan aku dan minta aku tidak perlu bimbang.

Dalam kereta semasa dalam perjalanan pulang, aku kata pada dia aku mencintainya, dia cuma tersenyum nipis dan tetap bermuka selamba. Aku tidak faham perangai dia petang itu. Aku tak faham kenapa dia tak menjawab, ” Aku juga mencintaimu”..?

Sesampainya dirumah aku merasa kehilangan dia, dan seolah-olah dia tak memerlukan aku lagi. dia hanya duduk dan menonton tv, apa yang aku katakan padanya, dia hanya menjawab…”hmmm..”

Akhirnya aku memutuskan untuk tidur. Lebih kurang 10 minit kemudian, dia pun masuk bilik. Aku tak tahan lagi, aku putuskan untuk menghadapinya dan menanyakan perkara yang sebenarnya, tapi dia terus tertidur.

Aku mula menangis sampai tertidur. Aku tak tahu apa yang harus aku lakukan. Hidupku terasa kiamat..

DIARI SUAMI

Hari ini CHELSEA kalah…HAMPEHHH!!!! Hilang semangat betoi...nak sembang dengan bini pun tak dak mood.

So..jangan prejudis dengan suami, fahamilah betapa simplenya kotak fikiran seorang suami.


http://www.isuhangat.net

2 ulasan: