Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Sabtu, 26 Februari 2011

Perghhh nikmatnya gulai semilang...

ikan semilang adalah salah satu ikan yang diburu oleh pemancing. Dagingnya lembut, manis dan beraroma. Biasanya dimasak gulai atau dipanggang cicah ngan air asam...memang terangkat.

Hari ini aku ada program maulidul Rasul di Surau Bt Hampar sekitar jam 11 pagi. Aku balik awal sikit tengok kebun sawit dah sebulan lebih tak jengok. Kebun pun tak jauh sangat dengan tempat program. Buah dah terlampau masak banyak yang dah relai..terpaksalah ambik cop dan kait buah sawit. !0.30 pagi selesai bergegas ke tempat program..di surau dah ramai jamaah yang menunggu.

Biasalah dalam ceramah yang dihadiri oleh ibu-ibu dgn membawa anak kecil, agak mengganggu sedikit perjalanan dan kelancaran program kerana ada anak-anak yang menangis dan kanak-kanak berlari ke sana sini dalam surau...budak-budaklah katakan.

Lebih kurang 20 minit ceramah masuk pula beberapa orang dengan membawa peralatan video..camera dan tangkap gambar serta mengambil video. Kadang-kadang hilang jugak kosentrasi dibuatnya kerana banyak sangat pergerakkan di hadapan kita. Lebih kurang 1 jam setengah selesai ceramah dan terkejut jugak bila pengerusi sambutan mengumumkan, juruvideo dan cameraman yang datang buat liputan adalah dari tv3.

Kami dijamu dengan gulai semilang dan kesempatan itu aku bertanya kepada petugas tv3 datang dari mana. Rupanya mereka dari Ipoh selesai buat liputan di Kuala Sepetang dan singgah di tampat aku ceramah. Aku tak nak tanya banyak sebab tengok mereka begitu berselera makan gulai semilang sampai kepalanya pun depa tokak.

Nak balik..ada pulak yang tepuk belakang..hai glamor lah ustaz nanti masuk tv. Depa ingat aku ni gila glamor ke? Ustaz cabuk macam aku nak masuk tv banyak lagi ustaz yg hebat-hebat diluar sana memang aku tak harap pun.

Perjalanan balik singgah kat kedai pancing beli perumpun...besok nak mengai (pancing))semilang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan