Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 8 Februari 2011

Merajuk Dalam Perjuangan...

Hidup ini menuntut mujahadah berterusan. Setiap hari pasti ada sahaja perkara yang perlu di usahakan. Seringkas bangun pagi memerlukan kekuatan menolak keseronokan tidur yang lena.

keteguhan untuk menegakkan Islam dalam diri setiap insan. Inilah kehidupan, tidak lari dari, suka duka, perit jerih, dan susah payah. Apatah lagi bagi tiap jiwa yang dalam sedar berikrar menyerahkan diri mereka kepada Allah, menggelar diri sebagai Dai'e, mengajak jiwa-jiwa kembali tunduk pada Allah yang Esa.

Yang pastinya, dalam kesungguhan pasti ada mehnah melanda. Dalam saat seronok mengajak manusia kembali ke jalan Allah, kita terlupa bahawa hati-hati itu ada pemegangnya, yang mengawal tutup buka nya ia. Membuatkan kita kecewa dan putus asa apabila usaha tidak membuahkan hasil seperti yang dijangka. Membuatkan kita terlupa tugas kita hanya pemberi peringatan, sedangkan natijahnya di bawah takdir Allah yang Maha Kuasa. Bak kata pepatah `menabur benih di bumi, hasilnya dari Ilahi'.

Di saat hati rajuk, mencari hikmah atas apa yang menimpa, Al-Quran menjadi tempat kembali, isinya penuh istimewa, pasti sesuai di setiap keadaan dan masa. Namun, bergantung kepada kesediaan hati itu untuk mengaitkannya dalam kehidupan, mengambil manfaat dari tiap bait Kalamullah...

Tiada istilah MERAJUK dalam usaha dakwah, apatah lagi cepat berputus asa, dan lemah semangat. Jangan kita menjadi umat yang tergesa-gesa, yang terlalu cepat mengalah dan terlalu menginginkan kemenangan.

Keperitan yang dilalui para sahabat di zaman Rasullullah begitu dahsyat sehingga ada sahabat yang mengeluh pada Nabi SAW. Namun Nabi SAW menjawab bahawa apa yang dialami pada zaman Nabi Musa lebih dahsyat dari itu, melainkan SABAR yang menjadi kekuatan mereka akhirnya. Allah menguji manusia sejauh mana kita yakin dengan Allah bahawa kemenangan itu adalah sesuatu yang pasti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan