Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 13 Februari 2011

Lokan...pergh...sodap bebenor


Dulu zaman bebudak lokan adalah makanan yang paling digemari. Pergh... punya sedap masak rendang pedas atau tauk saja dalam bara api terbuka kulitnya bila masak makan begitu saja.Memang sedap. Sekarang ni payah nak cari.

Pengalaman cari lokan sampai tersesat dalam hutan tebal. Dah lah lokan tu berat jalan pusing-pusing jumpa balik tempat asal. Sebab itu orang yg tak biasa dengan hutan jangan cakap besar. Saya bersama dua lagi adik dah tak tau nak buat apa, berserah pada Allah sahaja, hari dah hampir malam. Dalam hati nampak gayanya terpaksa tidur dalam hutan. Dalam hati tak putus berdoa agar ada pertunjuk untuk jalan keluar.

Tak semena-mena terdengar bunyi mesin gergaji kayu. Rupanya ada orang bekerja tebang pokok dan kami ikut dari mana arah bunyi injin kayu tersebut. Akhirnya kami bertemu dengan beberapa orang pekerja dan memberikan pertolongan menunjuk arah jalan keluar. Sukar nak digambarkan betapa bersyukurnya kami. Rupa-rupa orang kampung sudah bersiap siaga berkumpul di masjid untuk melakukan operasi mencari kami yg tersesat di hutan.(untuk makluman pulau yg kami diami ini tidak ada balai polis.. so orang kampung akan bertuindak sendiri) Bila ayah tengok kami pulang dgn selamat terus di bawanya kami ke telaga dan dimandikan sorang demi sorang.

Aku nak bagi petua kat hangpa andaikata tersesast dlm hutan apa yg mesti dibuat. Ni ada orang arif yang bagi ilmu ni kat aku. Insyaallah aku akan tulis dalam blog akan datang..tungguuu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan