Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 14 Februari 2011

Muliakanlah seseorang kerana Allah...

Sesungguhnya kita akan dimuliakan makhluk di bumi sekiranya kita memuliakan Allah. Namun kadangkala terasa janggal juga dibuatnya apabila penghormatan yang diberi itu tidak selayaknya untuk kita.
Pengalaman banyak mengajar kita agar tidak hanyut dibuai kehidupan duniawi sehinggakan kita jadi angkuh dan sombong. Maaf... hati kecil saya sukar nak menerima apabila ada jemputan dari Jabatan berunifom tak kira polis ke.. tentera atau pegawai penjara Apabila masuk sahaja dalam premis mereka untuk berceramah start dari pintu masuk , bertemu dengan kakitangan bertugas..mereka mesti tabik hormat berdiri terpacak depan kita...panggil tuan lagi. Aku ni sapa...ustaz cabuk je. Tetapi mungkin itu disiplin yang perlu dipatuhi nak buat macam mana.

Kadangkala asyik balas tabik je, aku jalan pun dah tak betul kaki mencapah semacam..haghu sungguh. Lagi satu bila time nak menghadap jamuan. Ingat boleh kut terpa mana-mana meja. Satu kali aku ditarik oleh sorang pegawai "ustaz kena makan di sana... ada tempat khas." makan pulak dengan pengarah. lauk macam-macam siakap 3 rasa, ayam percik buah lai anggor siap dengan pelayan lagi duduk kat tepi.Lauk habis dia tambah,air kurang dalam gelas dia tambah bagi penuh...kacau-kacau... aku pulak bukan jenis makan banyak mau juling bijik mata aku dibuatnya.


Tapi aku raspek lah dekat Tok Guru ni. Biarpun berjawatan tinggi, cukup tawaduk tak payah dilayan-layan. Aku pernah makan sekali dengan Tok Guru dia tak akan makan kalau dia tengok hidangan di hadapannya berbeza dengan apa yang dihidangkan kepada orang ramai. Apa yang orang ramai makan itulah yang ia makan. Dek kerana itu aku memang meluat + cuak bila ada pemimpin berucap di TV dengan menyatakan "Saya akan turut sama merasakan denyut nadi rakyat" Cakap tak serupa bikin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan