Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 25 Februari 2011

Bagaimana nak menegur ibubapa???

Kadangkala bila kita dah besar nie, ada perkara yang salah dilakukan oleh ibubapa kita mungkin disebabkan kurang ilmu, terlupa dan sebagainya. Kita sebagai anak perlu menegur kan... tapi cara menegur yang bagaimana agar ibubapa kita tidak tersinggung kecil hati atau makan hati.

Saya pernah diajukan persoalan ini oleh seorang penuntut Universiti berasal dari sabah yang menyatakan ibubapanya tak solat dan suka mendedahkan aurat. Maknanya suka berseluar pendek dan tak bertudung.Sebenarnya ada beberapa kaedah dalam kita nak menegur orang tua, mungkin ianya berkesan atau sebaliknya namun jika niat kita nbaik insyaallah kita akan berjaya merobah diri mereka apa yang paling penting kita senantiasa berdoa kepada Allah. Antara kaedah yg saya cadangkan di sini ialah

1. Dengan lemah lembut - berbisik-bisik;
2 i-. Dengan guna bahasa lisan yang terbaik yang boleh;
ii-. Dengan bahasa badan yang memikat - jaga pergerakan tangan......

3
i-. Pada waktu yang sesuai - malam adalah sesuai;
ii- Pada hari yang sesuai - umpamanya pada ulang tahun kelahiran mereka, ulang tahun perkahwinan
iii- Pada tempat yang sesuai - depan tv adalah tidak sesuai.

4. Dengan senyuman;

5. Dengan buahtangan;

6. Dengan senda gurau;

7. Dengan contoh, perumpamaan dan kiasan yang lembut;

Elakkan:-

a. Sindiran;
b
i- Memandang tepat ke mata mereka;
ii- Memandang 'ke atas' dari aras kepala mereka;
iii-Sambil berdiri, kalau mereka sedang duduk;

d. Waktu makan;
e. Di depan khalayak ramai;
f. Melalui telefon
g. Menggunakan orang tengah kengkadang orang tengah ni lah yang CELAKA! Suka tambah cerita!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan