Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Sabtu, 12 Februari 2011


Kadangkala kita terlepas pandang terhadap anak-anak untuk mendidik mereka secara agama. Kita adakan parti harijadi untuk mereka mengikut acuan barat. Tiup lilin atas kek, menyanyi berkareoke. kita biarkan mereka tidak bersolat walaupun sudah akil baligh.

Ada ibubapa yang terlalu memanjakan anak-anak dan takut untuk menegur perbuatan mereka yang sumbang di hadapan mata sendiri. Anak yang tak reti sembahyang dan tak tau membaca Al-Quran tidak akan peduli dosa pahala dalam kehidupan mereka. Seorang bapa berusia 78 tahun diusir keluar dari rumahnya yang dibina hasil titik peluhnya sendiri oleh isteri dan 5 orang anaknya. Tergamak sungguh mereka. Si bapa terpaksa berteduh di bawah pokok dan merempat mengemis makanan di warung makanan yang berdekatan.

Tidak mustahil diakhir zaman ini anak sanggup tendang kepala bapa hatta tak mustahil juga mereka sanggup membunuh bapa mereka sendiri. Justeru itu bapa sebagai kepala keluarga perlu memastikan;-
1-Anak-anak boleh bersolat tanpa-tanpa disuruh-suruh selepas akil baligh
2-Anak-anak boleh mengkhatamkan al-Quran sebelum baligh
3-Bersolat jamaah di rumah sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.
4-Sekali sekala adakan majlis taalim dan taalum untuk anak-anak dan ahli keluarga.
5-Banyak lakukan aktiviti bersama seperti makan bersama, riadah bersama dan rehlah bersama di mana-mana tempat yang di rasakan sesuai
6-Seboleh mungkin bersikap adil pada diri anak-anak walaupun hakikatnya kita lebih menyayang anak-anak yang baik menurut kata dan cerdik.
7.Banyakkan berdoa dan bertawakal kepada Allah swt.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan