Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 9 Februari 2011

Guru kafa ...kesian kat hangpa

Pengorbanan Guru-guru KAFA yang mengajaq anak-anak kita di kelas Al-Quran dan Fardu Ain dikira sebanyak 60 jam sebulan iaitu tambahan sebanyak 36 jam. Masa mengajaq depa tu melebihi masa yang ditetapkan oleh JAKIM. Tetapi sebahagian depa ni terima elaun hanya RM575 sebulan. Bagi sesetengah negeri, Penyelia KAFA hanya dibayaq sebanyak RM3,000 setahun. Jumlah tersebut memang tak cukup dan kadar tu jugak berada dibawah garis kemiskinan. Maknanya sebahagian Guru-guru KAFA di negara kita termasuk dalam kategori miskin.

Cadangan Ketua Audit Negara, saya sokong sangat. Dia kata elaun Guru-guru KAFA sepatutnya sebanyak RM1249.88 sebulan. Elaun ini berdasarkan jumlah jam yang depa mengajaq, iaitu selama 60 jam sebulan.

Pada saya jumlah yang dicadangkan tu patut sangat. Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang perbelanjaan harian kita makin meningkat. Sebahagian guru-guru ni pun, depa kebanyakannya berumah tangga, tentunya dengan pendapatan sebanyak RM575 sebulan, tentu agak perit nak tanggung keluarga. Kena pulak harga barang keperluan harian makin mahai.

Dalam pertemuan saya dengan guru-guru Kafa daerah Bt Kurau baru-baru ini saya difahamkan mereka masih menunggu imbuhan kenaikan seperti yg dijanjikan dalam belanjawan 2010. Namun begitu kerajaan Selangor telah mendahului dengan memberikan penghargaan sehingga guru kafa memperolehi gaji Rm 1,300 sebulan

SHAH ALAM 9 FEB : Guru kelas agama fardu ain atau KAFA di negeri Selangor mendapat perkhabaran gembira apabila kerajaan negeri memutuskan untuk meningkatkan elaun tambahan guru sebanyak RM300.

Dengan tambahan elaun RM300 ini menjadikan elaun bulanan guru-guru KAFA di SRA dan SRAI di Selangor sebanyak RM1,300 sebulan. Kenaikan elaun ini berkuatkuasa 1 Januari lalu.

Kelulusan untuk kenaikan elaun itu dibuat pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang diadakan hari ini.

Tambahan elaun ini melibatkan 3,935 guru KAFA yang mengajar di 208 buah SRA dan 11 buah SRAI seluruh Selangor.- TVs

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika mengumumkan perkara ini pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat MMKN berkata, kenaikan elaun bulanan ini akan melibatkan peruntukan tambahan Kerajaan Negeri lebih RM14 juta setahun.

Pada masa ini, guru KAFA di SRA dan SRAI di Selangor menerima elaun sepenuhnya dari Kerajaan Negeri dan Baitulmal sebanyak RM1,000 sebulan atau RM61 juta setahun.

"Kerajaan Negeri berharap kenaikan elaun bulanan ini akan mendorong guru KAFA di SRA dan SRAI berusaha meningkatkan kualiti kerja seharian," katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan