Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 2 Februari 2011

Alhamdulillah sihat...Tapi sihat ape...

Kelaziman kita berucap dengan memulakan dengan ucapan tahmid “alhamdulillah”. “Alhamdulillah kerana Allah memberi kita kesihatan sehingga kita dapat bertemu, berkumpul, bermesyuarat pada hari ini”. Demikianlah manisnya kata pembuka bicara.

Ya, kita sihat lalu dapat berkumpul, bertemu dan bermesyuarat. Tetapi sihat apa yang kita patut dambakan daripada Allah s.w.t.? Sekadar sihat jasmani belum tentu sihat rohani. Sihat jasmani belum tentu membawa kita ke saf dalam masjid, belum tentu membawa kita ke majlis ilmu dan belum tentu membawa kita kepada iman. Silap-silap dengan sihat, kita mudah berfoya-foya di kopitiam sehingga lewat malam, kita mudah bersukan sehingga ketinggalan solat.

Yang kita hajatkan ialah sihat rohani. Rohani sihat bermaksud sihat iman. Apabila iman sihat, segala sakit, duka dan payah akan menjadi redha. Keadaan jasmani yang sihat belum tentu menyempurnakan solat sebaliknya rohani yang sihat mampu mengheret tuannya menelaah kitab dan membentuk saf di dalam masjid.

Kesimpulannya, kita mahu sihat jasmani dan rohani. Kalau terpaksa memilih, maka orang beriman akan memilih sihat rohani. Allah tidak suruh kita memilih. Allah hanya menyuruh kita memelihara kesihatan rohani dan jasmani. Itu sahaja seruan daripada Allah Yang Pengasih lagi Maha Penyayang.

Oleh: BayangDiAir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan