Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 8 Februari 2011

Solat... pahala ciput @ tak dak pahala langsung..hampeh


1.
Jangan bawa telefon bimbit jika ia berbunyi ketika solat pastinya akan mengganggu jamaah lain.

2.Jangan putuskan saf dan disunatkan saf dirapat-rapatkan kerana syaitan akan mencelah dan menganggu kekusyukan kita dalam bersolat.

3.Jangan menahan kencing,qada hajat terlebih dahulu supaya kita rasa lebih selesa ketika bersolat.

4.Sunat letak tangan kanan di atas tangan kiri dan kedua-dua tangan diletakkan di tengah-tengah dada (bukan disengetkan ke kiri seperti yang biasa dilakukan

5.Jangan dipanjangkan lafaz amin setelah imam selesai membaca fatihah taku menjadi bahan gurauan.

6.jangan pandang ke atas sebalik pandang ke bawah di tempat kita akan sujud

7.Elakkan dari terus berbual selepas salam kerana masih ada lagi jamaah yang sedang berzikir. Di dalam masjid tidak digalakkan sama sekali kita berbual tentang duniawi

8.Jangan lalu di hadapan orang yang sedang solat ianya amat dilarang keras oleh Rasulullah saw

9.Jangan datang ke masjid dengan pakaian bertulis USA. ADIDAS. COCO-COLA dan sebagainya yang ada kaitan dengan YAHUDI dan AMERIKA, Selarikan kandungan hati/Aqidah dengan pakaian, jangan jadi MUNAFIQ, diluar solat menentang syaitan tetapi semasa solat mengiklankan syaitan pada pakaian kita. Datanglah ke masjid dengan pakain yang bersih kerana Rumah Allah hanya untuk mereka bersih lagi bersopan pada pakaian dan hati.

10.Jangan berdoa terlalu kuat, walaupun disunatkan berdoa dalam solat dengan bahasa arab atau doa-doa yang terkandung dalam Al-Quran ketika solat.

11.Solatlah dalam keadaan tenang jangan menganggu orang lain,jangan melihat jam pada tangan, jangan mengangkat takbir terlalu kuat, atau menangis terlalu kuat.. wujudkan suasana tenang agar semua hadir dapat tunaikan solat dengan tenang dan khusyuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan