Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 1 Februari 2011

Seorang lagi pemimpin sikular akan ditumbangkan

Hosni Mubarak, pemimpin Mesir yang telah berkuasa 30 tahun kini dalam era kejatuhan. Setelah Presiden Tunisia Ben Ali berjaya digulingkan, kini rakyat Mesir pula bangun untuk menjatuhkan pemimpin zalim dan korup

kita masih ingat bagaimana Mesir sanggup menutup laluan darat untuk penghantaran makanan dan perubatan ke Gaza Palastin sedangkan itulah satu-satu jalan yang boleh dilalui setelah jalan lain dikawal ketat oleh Israil. Dasar Hosni adalah dasar sikular. Rakyat Mesir ada menderita sedangkan pemimpin hidup senang. Ulama ditangkap dibunuh dan Islam di tindas di bumi ambiya Mesir.

Kini rakyat telah sedar, mereka bangkit dengan melakukan demontrasi jalanan memaksa Hosni Mubarak meletakkan jawatan. Banyak juga rakyat Mesir yang terbunuh dan pemimpin ikhwan ditangkap.

Dalam akhbar Al-Jazair kekayaan kelurga Hosni Mibarak mencecah 122 bilion ringgit Malaysia
Isterinya Suzanne memiliki kekayaan dianggarkan 5 bilion US. Anak pertama beliau Allaa Mubarak memiliki aset bernilai 8 bilion .Anak kedua Gamal Mubarak hartanya bernilai US17 bilion.

Sesungguhnya benarlah janji Allah bahawa Kebenaran itu akan datang dan kebatilan itu akan terhapus dan yakinlah bahawa pertolongan Allah itu semakin hampir.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan