Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 9 Februari 2011

Jangan bercakap ketika makan ....tak elok

Selalu kita dengar orang tua-tua berpesan jangan dok bersembang ketika makan...tak elok, tak dak adab. Betulkah begitu? Ada nas kah? atau hanya pandangan semata-mata. Rasanya orang tua berpesan begitu ada sebab. Takut tercekik tulang atau tersembur keluar apatah lagi kalau makan sagun atau putu kacang.

Dalam Islam kita digalakkan bercakap ketika makan. Ia akan menjalin kemesraan antara ahli keluarga. Kita akan lebih seronok bertanya khabar pada anak-anak ketika itu kerana masa kita sangat terhad kerana sebok bekerja.

Menurut al-Hafidz dan Syaikhul Islam Ibn al-Qayyim ,
Pendapat yg benar ialah Nabi saw bercakap dan berbual semasa makan. Dalam kitabnya Al-Zaad (2/397), ada kalanya Nabi bertanya apakah menu pada hari ini dan memuji menu tersebut (HR Muslim 2052),

Ada kala Nabi saw mengajar adab dan susila makan kepada kaum keluarganya (Bukhari 5061) dan ada ketika Nabi sentiasa menggalakkan tetamu beliau supaya menambah lauk pauk dan minuman (Bukhari 6087).

Adalah tidak benar meja makan menjadi tempat yg kaku dan senyap sepi dari perbualan.

Sekadar renungan

Sebuah keluarga yang terdiri dari ayah, ibu dan seorang anak sedang makan malam bersama.

Anak : "Ayah, di..."
Ayah : "Diamlah..! Sewaktu makan tidak boleh bercakap!"
......Setelah selesai makan...
Ayah : "Man, waktu makan tadi apa yang Man nak cak cakap kat ayah?"
Anak : "Ayah, Man nampak ada ulat kat daun salad yang ayah makan tadi !"
Ayah : Awat tak habak...uweeeeekkkkkk....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan