Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 6 Februari 2011

Mengharap buah yang belum gugur...

Alhamdulillah saya dpt menyambung kuliah tafsir pada guru agama Kafa Daerah Bt.Kurau setelah sekian lama terhenti kerana kesebokkan dan kekangan masa. Bila saya sentuh guru kafa akan mendapat kenaikan gaji hingga Rm 800 seperti yang dibentangkan dalam belanjawan yg lalu bagi meringankan bebanan mereka, seorang ustazah lantas mencelah. "mana ada ustaz...janji tinggal janji dah masuk pertengahan febuari tak dengar apa berita pun."

Apakah ini satu permainan politik semata-mata. Banyak orang beranggapan guru agama ni kena ikhlas dan redha dengan apa yang ada. Apakah guru agama ini malaikat tak perlu makan minum,tak ada keluarga untuk disara?? Tak perlu beli pakaian atau kenderaan?Kat depa tak dak zuhud bila guru agama atau guru Quran sedap je mulut cakap hangpa kena zuhud...sebab hangpa tu ustaz..ustazah" Fahamkah apa makna zuhud itu?

Kenapa Allah perintahkan selepas solat jumaat bertebaranlah kamu di atas muka bumi bagi mencari rezeki.? Islam tidak menyuruh kita meminta belas kasihan orang lain tanpa berusaha sedikit pun. dan Islam tidak suka kita hidup merempat sehinga anak bini jadi tak tentu arah. Gaji Rm 800 memang terlalu kecil jika nak dibandingkan kos sara hidup sekarang yg semakin tinggi. Itupun terlalu berkira nak bagi kalau dah tak dak duit jangan janji...dan mereka pun tak mengharap seperti mengharap buah yang belum gugur..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan