......... Saat Islam difitnah
Saat Umat tak bersalah dizhalimi
Saat kufar bertindak berlebihan
Saat Masjid dibakar tanpa alasan
Saat kampung Muslim diserang tanpa sebab
Sesungguhnya umat Islam sedang di buai mimpi indah. Masjid surau hanya dipenuhi oleh orang tua-tua sahaja, anak-anak muda boleh dibilang dengan jari. tetapi ketika kunjungan saya ke Pasentren (pondok) Darul Hidayah Sg Imam Tawau dan menyampaikan kuliah di sana rata-rata yang hadir adalah anak muda. Ini satu fenomena yang amat memberangsangkan
Justeru saya kira sudah tiba masanya kita bangkit dari tidur yg panjang, kekhilafan dan kelalaian kita boleh mengakibatkan dunia Islam akan terus murung. Satu perintah yang perlu digenggam erat, satu kewajiban yang harus dihidupkan, tidak lain tidak bukan iaitu I'dad
Banyak generasi Islam kali ini telah lupa dengan kewajiban yang satu ini, I'dad , dan bahkan banyak diantara saudara saudari sekalian yang malah tidak tahu apakah I'dad itu?
I'dad ialah persiapan kekuatan untuk berjaga-jaga menghadapi musuh yang menyerang kita, dan ini adalah jelas diperintahkan oleh Allah sebagai salah satu bahagian dari perjuangan di jalan Allah.swt
Banyak sekali guna, fungsi & tujuan dari I'dad. Beberapa diantaranya iaitu:1. Kewajiapan menjaga kesihatan jasmani dan rohani
2. Mengasah potensi & ketrampilan diri sendiri
3. Ketahanan diri dan persikataran
4. Mengurangi penyakit dan tidak mendedahkan diri pada gejala penyakit
5. Gemar beriadah "Akal yang sihat datang dari badan yang sihat.
6. Membela & melindungi umat dari apa bentuk kezaliman dan ketidak adilan
7. Hubbu watan kerana Allah bukan asobiyyah
8. Aktif dan kreatif dalam tindakkan
9. Mentarbiah umat menerusi jasmaniah dan rohaniah
10. Tidak gentah untuk mencegah kemungkaran meskipun berisiko
11. Melahirkan generasi penerus yg lebih baik
12. Kebangkitan Umat seimbang dengan roh Islam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan