Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 21 Disember 2011

Aku happy ..korang pun mesti rasa happy

Dalam bahsa arab disebut 'saa'dah" yakni mencari kebahagiaan. Bagi aku banya tips yang boleh mencipta kebahagiaan hidup. Kali ini aku ingin kongsikan hanya dua tips sahaja yang lain hangpa pi cari sendirilah...

1-Jangan menyusahkan orang dan bantulah orang yg memerlukan bantuan.

Kita akan rasa happy bila dapat mengembirakan orang lain. Bantulah sekadar kemampuan diri. tak boleh dengan material dengan tenaga atau dengan kata-kata nasihat. Letakkan matlamat pertolongan kerana Allah swt dan yakin ganjaran Allah sangat besar di Akhirat kelak.

Orang yang menerima bantuan akan melahirkan rasa terima kasih dan bersyukur pada Tuhan. rasanya hati kita akan turut gembira bukan. Kita tolong anak didik kita berjaya dalam exam lalu dia hulurkan tangan, memeluk erat..."Terimakasih cikgu kerana tunjuk ajar saya sehingga saya lulus cemerlang dalam SPM " (sebagai contoh) Sedar tak sedar air mata kita juga menitik kegembiraan pasai dah dapat tolong orang. Tolonglah sesiapa sahaja dengin keinginan menambahkan taqwa dalam diri. Kerana pabila kita tolong orang nescaya saham Akhirat kita akan bertambah.

2- Buat sesuatu kerana kewjipan,minat bukan materialistik

Orang selalu bertanya "ustaz banyak duit" Satu slot ceramah motivasi dapat 100 ke 300 ringgit. Lumayan tuu... Itupun belum masuk bagi kuliah tiap-tiap malam di masjid Surau. Hangpa ingat bahagiakah hidup kalau itu sandaran kita dan itu matlamat hidup kita? Kita boleh nampak senang tetapi di mana barokahnya? Memang Allah sudah tentukan itu rezeki kita dan kita sesekali tidak akan menolaknya tetapi kita meski kuatkan iman agar ujian atau mehnah kesenangan tidak melalaikan kita lalu kita mengabaikan kebahagiaan akhirat dek memburu kebahagiaan dan kesenagan duniawi.

Memang kerja aku adalah berdakwah kerana itu yang aku minat. Penat letih tolak ke tepi kerana hati rasa puas bila tengok Mat Rempit dah jadi Mat masjid. Orang yang tak solat mula berjinak dengan tikar sejadah. Syukur kerana apa...? Kerana kita menjadi penyambung lidah Rasulullah saw dalam mendidik umat ini.

Kesimpulannya apa juga yang anda lakukan buatlah kerana anda meminatinya. Anda akan tetap gembira apatah lagi jika kita melakukannya penuh keikhlasan kerana Allah swt.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan