Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 7 Disember 2011

Saat nak mati....seronok lagi kaa?

Cuba bayangkan apakah perasaan anda ketika dijatuhkan hukuman mati apatah lagi saat pelaksanaan hukuman hanya tinggal beberapa hari atau beberapa jam lagi. Tentunya kita akan resah, gelisah, murung sedih dan teringat keluarga anak isteri dan sebagainya.

Namun begitu berbeza pula dengan tahanan wanita di negara China yang pastinya akan dijatuhkan hukuman tembak sampai mati di atas kesalahan dadah. Mereka kelihatan sangat gembira, bergurau senda bersama rakan-rakan dan ketawa bersama dengan warden penjara sambil memakan buah leici seolah-olah tidak takut mati. Kita tidak tahu apa yg tergambar dalam pemikiran mereka
para-tahanan-perempuan-china-3
Beberapa keping foto menunjukkan kehidupan sehari-hari tahanan perempuan muda yang menunggu saat untuk dijatuhkan dan dilaksanakan hukuman mati.Mereka menjalani kehidupan biasa dan jelasnya mereka sering bergurau senda dan bergelak ketawa. Foto para tahanan China tersebut diambil oleh seorang fotografer yang dirahsiakan identitinya. Gambar-gambar ini ditangkap pada 24 Jun 2003 yang lalu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan