Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 21 Disember 2011

Aduhai penyakit malas sudah menyerang...

Adakalanya kita terasa tersangat malas. Namun perlu diingat sekiranya kita terus melayaninya ianya akan menjadi satu penyakit yang boleh membawa kesusahan dalam hidup kita. lalu bagaimana caranya supaya kita terhindar dari kemalasan?

Langkah pertama : Tanamkan dalam minda " Saya akan mulakan kerja ini SEKARANG" Jangan sesekali kita katakan "Bila akan selesai kerja ini?" kerana bimbang mood kita untuk memulakan kerja akan menurun.

Kedua : Masukkan dalam kotak pemikiran kita ungkapan "Saya Harus"
Berarti kita akan termasuk orang yang bersiap siaga melaksanakan tugas dalam apa jua keadaan. Kita akan cekal untuk melakukannya. Perlu diingat bahawa kita dilahirkan tidak memiliki kesempurnaan sepenuhnya.

Betapapun kerajinan kita dan kepatuhan kita melaksanakan tugas namun sebagai manusia kita harus sedar bahawa kita tidak sempurna. Kita hanya mampu nerusaha untuk mendekati kesempurnaan tersebut.

Natijah dari apa yang kita laksanakan, orang lain akan menilainya, ada kalanya penilaian orang terhadap kita tidak sebanding dengan apa yg kita lakukan. bila ini terjadi jangan rasa kecil hati, anggaplah ia sebagai muhasabah nafsiah untuk kita terus memperbaiki diri dan kelemahan diri dalam usaha mencari kesempurnaan hidup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan