Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 26 Disember 2011

Teknik Cari Makan di lebuhraya

1- Jangan letak kenderaan anda di kawasan parkir yang jauh atau gelap semasa berhenti dimana-mana R&R. Penyangak akan mengambil kesempatan untuk masuk ke bawah bahagian depan kenderaan anda untuk membuka (loose) saluran air keluar radiator!


2- Bila anda masuk ke dalam kenderaan untuk meneruskan perjalanan (biasanya tak sampai 10km), temperature kereta anda akan jadi overheat kerana sudah banyak air & coolang yang terbuang keluar.

3- Sebaik saja anda berhenti untuk memeriksa kenderaan, sudah tentu anda akan didatangi oleh PENYANGAK/KUNCU2NYA menawarkan pelbagai jenis bantuan atau cuba `membantu’ anda membaiki enjin!

4- Mereka-mereka ini menggunakan `modus operandi” yang sama!

Untuk peringatan para sahabat semua, lakukan langkah2 berikut:

* jangan sesekali membiarkan orang yang tidak dikenali memeriksa kenderaan anda di lebuhraya.

* hanya peronda PLUS saja yang boleh memeriksa kenderaan anda.

* Tunggu sehingga peronda PLUS sampai. Sekiranya kerosakan itu kecil mereka akan membantu `on site’.
Sekiranya kerosakan itu besar, peronda PLUS akan memunda secara percuma ke susur keluar yang berhampiran dgn tpt kejadian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan